Saturday, November 27, 2010

Mi Goreng Family Liza


lizacomel@myresipi.com
ringkas dan cepat

Created on : 26-05-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan



Share



Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

1 paket mee kuning
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi
3-4 sudu makan cili giling
udang sederhana besar @ isi ayam @ daging (ikut selera sendiri)
2-3 batang sayur sawi - dipotong
1 biji cili merah - dihiris
1 biji tomato - dipotong
4-5 sudu makan kicap masin
sedikit tauge
garam secukup rasa
Cara-cara

tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi...panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi...
setelah naik bau, masukkan cili giling...kemudian, masukkan samada udang @ ayam @ daging...kacau dan biar sampai agak-agak empuk...masukkan cili merah...
tambahkan kicap masin diikuti dengan memasukkan sawi dan tomato...
apabila sawi agak layu sedikit, masukkan mee kuning...gaulkan rata-rata...
masukkan tauge...kacau lagi...kecap rasanya...kalau perlu, tambahkan garam...
sedia untuk dihidangkan :P
Tag

mi mee breakfast Sarapan Pagi Minum Petang


Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

1 kg ikan tongkol
2-3 ekor ikan kering
2-3 ulas asam keping
4 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi
3 cm lengkuas
2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan cili giling
1 biji kelapa
1 batang timun
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
garam secukup rasa
Cara-cara

ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...
kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...
Tag

masakan kelantan Sarapan Pagi makan tengahari MAKAN MALAM Lauk gulai ikan kuah

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 pinggan nasi putih
2 ketul ikan sardin (dilenyek-lenyek tanpa sos dia)
*2 sudu cili giling @ cili boh
1 biji bawang besar (dimayang halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
0.5 inci halia (ditumbuk)
1 tangkai daun kari
3 sudu besar kacang peas (dalam tin)
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
Cara-cara

Masukkan minyak ke dalam kuali, mula menumis apabila minyak cukup panas dengan memasuki bahan-bahan seperti bawang putih, halia dan daun kari.
Apabila bawang sudah garing masukkan bawang besar, kacau sebentar sehingga layu dan masukkan cili giling @ cili boh.
Agak-agak cili giling tadi sudah masak masuk sardin dan kacau sehingga agak-agak naik minyak bolehlah masukkan kacang peas dan nasi putih.
Jangan lupa masukkan garam dan perasa untuk mengimbangi rasa yang dikehendaki.
Kacau nasi tadi sehingga benar-benar masak dan garing (mengikut sendiri) dan sedia untuk dihidangkan.
Tag

Sarapan Pagi

Bahan-bahan ( anak beranak 7org )

1 mangkuk pisang emas (yg telah dilenyek)
1 mangkuk tepung gandum
1/4 mangkuk gula
secubit garam
Cara-cara

tepung gandum diayak
pisang lenyek, garam, gula digaul dalam mangkuk yg berisi tepung. gaul rata
panaskan minyak dlm kuali.
bentukkan adunan tadi mgikut citarasa masing2
goreng hingga menjadi perang tua.toskan
hidangkan bersama secawan kopi panas dan gelak ketawa melihat rupa cokodok yg terhasil..hehe..
Tag

Sarapan Pagi cekodok breakfast

Bahan-bahan ( 1 orang makan )

200 g kue teow
100 g isi ayam (hiris)
100 g udang (buang kulit)
100 g isi ketam
100 g isi kerang
2 biji telur
100 g taugeh
100 g daun kucai
3 ulas bawang putih
2 cmb cili kisar
2 cmb kicap pekat
1 cmb sos ikan
garam secukup rasa
Cara-cara

Celur kue teow supaya tidak melekat dan bilas dengan air sejuk supaya tidak terlalu lembik.
Bawang putih dititik halus, tumis bersama cili kisar hingga hilang bau cili.
Masukkan kicap pekat, sos ikan dan garam (jika perlu).
Masukkan isi ayam, udang, isi ketam dan isi kerang, gaul sebentar.
Masukkan kue teow, pecahkan telur dan akhir sekali masukkan taugeh dan kucai. Tutup api segera.
Enak dimakan bersama cili jeruk jika yang gemarkan lebih pedas.
Tag

Sarapan Pagi

No comments:

Post a Comment