Friday, November 12, 2010

1. Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas sebagai sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam.

Jenis : Karangan Keperihalan

Teknik : Gunakan dimensi pancaindera untuk menggambarkan pengalaman menjalankan tugas sebagai sukarelawan.

Mata : Apa yang dilihat di depan mata?
Kematian, kecederaan parah mangsa bencana alam.
Anggota tubuh badan yang bercerai, darah yang mengalir
Kemusnahan harta benda - keruntuhan bangunan, peralatan yang
hanyut (jika banjir), kebakaran harta benda.
Debu dan habuk akibat runtuhan
Pasukan sukarelawan yang mundar mandir untuk mengangkat dan
menyelamatkan mangsa kebakaran
Pihak media yang sibuk membuat liputan untuk mendapat berita terkini

Telinga : Apa yang didengar dari jarak dekat dan dari jarak jauh ?
Jeritan mangsa bencana yang mengalami kecederaan parah
Komunikasi antara anggota-anggota sukarelawan dengan agensi
yang terlibat - Jabatan Bomba dan penyelamat, JPA3, Polis
Bunyi kenderaan pasukan penyelamat - helikopter, trak
Bunyi jentolak yang bertugas membersihkan kawasan runtuhan

Hidung : Apa yang dihidu dari jarak dekat.
Bau busuk mayat
Bau hanyir darah anggota badan mangsa

Butiran kejadian bencana alam :

1. Apa jenis bencana alam? Tanah runtuh, banjir besar, gempa bumi, kebakaran hutan, runtuhan salji, Tsunami

2. Bila peristiwa itu berlaku ( anda menjalankan tugas tersebut)
Nyatakan tarikh lengkap peristiwa tersebut- dari mula berlaku kejadian bencana alam itu sehingga usaha tersebut ditamatkan secara rasmi.

3. Nyatakan lokasi di mana kejadian itu berlaku?

4. Nyatakan pihak yang terlibat sama dalam operasi membantu mangsa bencana alam. Nyatakan nama organisasi yang anda wakili.

5. Nyatakan pendapat anda tentang pentingnya semangat sukarelawan untuk membantu mangsa bencana alam.




Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 12:29 1 ulasan
SELASA, 2010 APRIL 06
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
Soalan:
Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat daerah.
Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,
Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,
Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim
Blog: http://khirkassim.blogspot.com

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 04:22 1 ulasan
MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU
Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

PERENGGAN ISI:
Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri. Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian, kita mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri.

Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan kita sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar, pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatian mereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersedia untuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari bahasa kita.

Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabat kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu. Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara-negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai semangat `bahasa jiwa bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan untuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita berada.

Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia mestilah memanfaatkan penggunaan Internet. Mereka yang pakar dalam bidang ini seperti ahli akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di duni mencari dan memperoleh maklumat melalui Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kita mestilah mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu ke seantero dunia.

Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui filem. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem kita. Apabila mereka menerima filem kita, hal ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang kita hadapi ialah penerbit filem negara kita masih belum mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa seperti filem yang dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea , Bollywood, dan sebagainya Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem Melayu juga.

Sumber: Blog Cikgu Anelyza

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:32 0 ulasan
SEMANGAT PATRIOTIK
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Sumber : Blog Cikgu Anelyza

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:30 2 ulasan
KEPENTINGAN PERPADUAN
'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Sumber : Blog Cikgu Anelyza

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:29 0 ulasan
KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH
Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber : Blog Cikgu Anelyza

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:27 0 ulasan
BIOLEMBANGAN - HUTAN
KEPENTINGAN HUTAN :

1. Habitat flora dan fauna
2. Mengimbangi suhu bumi
3. Kawasan tadahan air
4. Ekopelancongan
5. Sumber bahan mentah perubatan tradisional
6. Asas industri hiliran seperti perabot
7. Medan penyelidikan oleh saintis
8. Sumber makanan orang asli
9. Sumber ekonomi - aktiviti pembalakan yang dirancang.

PUNCA KEMUSNAHAN HUTAN:

1. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal/ dilakukan secara haram.
2. Bencana alam - kebakaran hutan
3. Membuka kawasan petempatan dan industri
4. Membuka kawasan pertanian seperti ladang.
5. Pembinaan empangan
6. Hakisan ombak - pokok bakau di tepi laut
7. Peperangan


KESAN KEMUSNAHAN HUTAN

1. Perubahan suhu di suatu kawasan.
2. Bencana alam - tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya
3. Kemusnahan habitat flora dan fauna
4. Kehilangan daya tarikan ekopelancongan
5. Kehilangan punca pendapatan dan sumber makanan orang asli
6. Negara kehilangan sumber hasil seperti balak.
7. Industri hiliran akan terjejas.


LANGKAH MENGAWAL KEMUSNAHAN HUTAN

1. Menguatkuasakan undang-undang dengan tegas.
2. Memberi latihan yang berkesan kepada pasukan penguatkuasa.
3. Pendidikan mengenai hutan dalam kurikulum sekolah.
4. Pertubuhan bukan kerajaan, contoh : Sahabat Alam Malaysia
5. Media massa- elektronik dan cetak.
6. Tanam semula hutan secara terancang dan berterusan.
7. Mengehadkan lesen dan kawasan pembalakan.
8. Wujudkan taman negara.

Soalan contoh : Karangan berformat.
1. Anda menerima sepucuk surat daripada sahabat dari luar negara yang meminta diterangkan langkah-langkah proaktif kerajaan Malaysia untuk memulihara hutan.

2. Anda diminta menyampaikan ucapan bersempena hari bumi yang bertemakan,"Hutan Sebagai Warisan Sejagat yang Perlu dipelihara"

3. Anda dipilih sebagai wakil sekolah untuk menyertai pertandingan syarahan di peringat daerah. Tajuk syarahan, "Kepentingan Memelihara Hutan".

4. Anda menyertai satu pertandingan perbahasan ala parlimen sebagai pihak pencadang. Usul yang ditetapkan ialah, "Keperluan Terhadap Pembangunan Menyebabkan Hutan Semakin dimusnahkan".

5. Anda telah menonton satu filem rencana yang memaparkan kesan kemusnahan hutan. Anda ingin mencadangkan idea tertentu kepada penerbit filem tersebut supaya menerbitkan sebuah filem rencana yang memaparkan langkah-langkah berkesan untuk memulihara dan memelihara hutan. Tulis surat kepada penerbit tersebut.

6. Sebagai editor sebuah akhbar arus perdana, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk, " Punca-punca Kemusnahan Hutan". Tulis rencana itu selengkapnya.

7. Anda telah mewawancara seorang tokoh dalam bidang perhutanan berkaitan punca dan kesan kemusnahan hutan. Tulis wawancara itu selengkapnya.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:40 1 ulasan
KEBAIKAN PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004. Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya.

APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini.

MENGAPA) Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan. (

BAGAIMANA) Jadi, PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan. (BUKTI) Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN. (

KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalam dan dari luar negara.

APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. (

MENGAPA) Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ini namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak mereka.

BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. (

BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala tuju yang jelas.

KESIMPULAN) Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah menyebabkan rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka.

(APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga dapat memperkukuh integrasi nasional.

(MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaum.

(BAGAIMANA) Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem pentadbiran.

(KESIMPULAN) Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agar menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah dengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negara dalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepada masyarakat. Oleh itu, semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.

Sumber : Blog Cikgu Anelyza

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:36 0 ulasan
PUNCA TANAH RUNTUH
Pendahuluan:
Alam sekitar – mekanisme ciptaan Tuhan yang paling berharga
Kini – khazanah alam diterokai dan dieksploitasi dengan sewenang-wenangnya
Berjuta-juta hektar hutan hujan tropika menjadi padang jarak padang tekukur akibat kepupusan flora dan fauna
Menatijahkan pelbagai bencana alam berlaku – fenomena tanah runtuh
Kenal pasti punca sebelum mengambil jalan penyelesaian – kalau tiada angin masakan pokok bergoyang

Punca:
Semula jadi - Jumlah taburan hujan - kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak- berlaku tanah runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit

Pembangunan di kawasan tanah tinggi- Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang -Walaupun kos pembinaan mahal dan tidak selamat namun projek pembangunan tetap dijalankan demi mengaut keuntungan -Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan - Tragedi Highland Towers yang genap lima belas tahun lalu tidak dijadikan iktibar oleh pihak
pemaju

Aktiviti pembalakan tanpa kawalan- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan-Senario ini berlaku kerana aktiviti pemabalakan di negara kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.

Penutup:
harus bermuhasabah diri terhadap kejadian tanah runtuh yang mampu meragut nyawa manusia yang tidak berdosa dalam sekelip mata
alam perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan bukan dieksploitasi dengan sesuka hati – menimbulkan kemurkaan Tuhan – menatijahkan pelbagai bencana alam
bersinergi – melestari dan memulihara alam sekitar demi kebaikan bersama
Posted by Cikgu Anelyza WMS at 5:12 AM 0 comments

Sumber: Blog Cikgu Anelyza

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:34 0 ulasan
AHAD, 2010 APRIL 04
MAKLUMAN KEPADA PEMBACA
Saya mengambil keputusan untuk menutup kotak mesej kerana telah disalgunakan oleh pengguna yang "gila" dan "tidak bermoral"..atau kalau dapat dikatakan memang "keturunan tak baik kerana tidak terdidik". Blog ini tidak mengalu-alukan siapa sahaja yang bersifat perkauman dan mencaci perkataan "babi" kepada satu bangsa. Rakan guru dan pelajar yang mempunyai kemusykilan, sila e-mel kepada saya. Terima kasih.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 13:50 0 ulasan
KHAMIS, 2010 APRIL 01
INDUSTRI KRAFTANGAN DI MALAYSIA
Soalan :
1. Kepentingan memajukan industri kraftangan di Malaysia
2. Cara-cara memajukan industri kraftangan di Malaysia

Karangan Berformat :

1. Surat kiriman tak rasmi
Balas surat daripada rakan yang tinggal di luar negara yang meminta maklumat berkaitan usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

2. Rencana akhbar
Kepentingan strategik industri kraftangan di Malaysia.

3. Syarahan (pertandingan)
Peranan institusi kewangan dan agensi kerajaan untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

4. Ucapan (perasmian karnival/ ekspo produk kraftangan)
Kekangan yang membantutkan usaha untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia

5. Perbahasan ala-parlimen
Usul- Agensi kerajaan dan GLC lebih berperanan untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

6. Wawancara
Temu bual dengan tokoh dalam industri kraftangan berkaitan pengalaman memajukan perniagaan berbentuk kraftangan.

Tajuk karangan berdasarkan dimensi.

Dimensi individu dengan individu
Persiapan fizikal dan mental individu untuk menjadi usahawan kraftangan yang berjaya.

Dimensi individu dengan keluarga.
Peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menceburi bidang keusahawanan kraftangan.

Dimensi individu dengan masyarakat/ negara.
Peranan kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

Dimensi individu dengan masyarakat antarabangsa.
Usaha-usaha untuk mengembangkan perniagaan karaftangan ke luar negara.

Dimensi komsas
Tulis sebuah cerpen yang bertemakan kegigihan seorang usahawan untuk memajukan perniagaan kraftangan.

FAKTA AWAL.
1. Apakah maksud kraftangan?
2. Mengapakah kraftangan dikategorikan sebagai sebuah industri?
3. Nyatakan penjenisan produk kraftangan di Malaysia.
4. Adakah anda bersetuju bahawa industri kraftangan mempunyai masa depan yang cerah? Sila kemukakan alasan.
5. Mengapakah industri kraftangan ini sukar untuk dimajukan?
6. Apakah keistimewaan produk kraftangan Malaysia?
7. Apakah kesan mengembang jika industri kraftangan dimajukan?
8. Nyatakan usaha proaktif untuk penjenamaan semula produk kraftangan di Malaysia agar dapat bersaing di persada antarabangsa.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:39 0 ulasan
SABTU, 2010 MAC 27
SEBAB SEKTOR PERTANIAN SUKAR UNTUK DIMAJUKAN
PERENGGAN PENGENALAN.

1. Terdiri daripada ayat rangsangan dan ayat arah.
2. Tidak boleh memasukkan isi karangan iaitu sebab-sebab.
3. Masukkan peribahasa berbentuk simpulan bahasa, perumpamaan atau bidalan.
4. Gunakan kosa kata/ laras ekonomi yang sesuai.

Ayat rangsangan contoh.
1. Sektor pertanian pernah menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara pada tahun 1960-an sehingga tahun 1970-an.

2. Peranan sektor pertanian sebagai penyumbang utama KDNK telah beralih arah kepada sektor industri dan pembinaan serta perkhidmatan pada masa ini.

3. Sektor pertanian jika diusahakan secara bersungguh-sungguh boleh menjadi periuk nasi yang menguntungkan kepada rakyat tempatan yang ringan tulang.

4. Sektor pertanian merupakan tulang belakang yang membekalkan sumber makanan yang menjadi keperluan asas kepada rakyat di sebuah negara.

5. Sektor pertanian tidak wajar dijadikan kambing hitam walaupun sesebuah negara lebih mengutamakan sektor perindustrian dan perkhidmatan.

6. Sektor pertanian menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan dan asing yang ada akal dan ringan tulang.


SEBAB-SEBAB SUKAR DIMAJUKAN.

1. Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga.
2. Tidak menggunakan teknologi moden yang lebih sofistikated.
3. Tidak mengkomersialkan hasil penyelidikan saintis dalam bidang pertanian.
4. Kekangan modal.
5. Modal insan yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman.
6. Tidak menggunakan teknik pengurusan ladang yang cekap.
7. Stretagi pemasaran produk yang tidak berkesan.
8. Faktor cuaca yang sentiasa berubah-ubah/ bencana alam.
9. Tidak menarik minat masyarakat dari segi upah, keuntungan dan keseronokan bekerja.

AYAT ISI.
Isi 1 (Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga)

Ayat Topik: Sektor pertanian di Malaysua sukar dimajukan kerana harga produk yang dihasilkan oleh sektor pertanian tidak anjal dari segi harga. (APA)

HURAIAN :
1. Harga produk pertanian sentiasa turun dan naik pada setiap masa.
2. Petani sukar meramalkan harga produk tersebut apabila siap untuk dituai dan dijual.
3. Petani terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk proses membajak tanah, membaja, menanam dan seterusnya menuai hasil misalnya kos baja, kos racun serangga, upah buruh dan sebagainya.
4. Apabila tanaman siap untuk dituai dan dijual, harga produk tersebut mengalami kejatuhan teruk di pasaran antarabangsa dan di dalam negara.
5. Hal ini menyebabkan petani mengalami kerugian kerana hasil yang diperoleh daripada jualan tidak dapat menampung kos untuk mengusahakan tanaman tersebut.

AYAT CONTOH :
1. Seorang petani mula menanam semula getah ketika harga getah sedang melambung tinggi di pasaran antarabangsa.
2. Pokok getah memerlukan masa sehingga 7 tahun untuk memperoleh susu getah yang boleh dijual dalam bentuk susu getah atau getah skrap.
3. Harga getah di pasaran antarabangsa bergantung kepada permintaan dan penawaran getah dalam kalangan industralis di seluruh dunia.
4. Apabila berlaku masalah kekurangan permintaan terhadap getah, harga getah akan jatuh hingga ke paras yang terlalu rendah.
5. Jika petani tidak bernasib baik, getah yang siap untuk ditoreh terpaksa dijual dengan harga di bawah kos pengeluaran menyebabkan rugi.
6. Justeru itu kebanyakan petani lebih suka menanam tanaman kontan lain yang mudah untuk dihasilkan dan dijual kerana kurang terdedah kepada risiko penurunan harga secara mendadak.

Nota tambahan :
Maksud keanjalan ialah mengukur tindak balas dalam kuantiti satu barang yang diminta kesan daripada perubahan harga barang itu, perubahan dalam pendapatan atau perubahan harga barang lain.

Contoh 1 : Jika harga rokok dinaikkan sebanyak 10 %, adakah permintaan terhadap rokok akan berkurangan, bertambah atau tidak mengalami sebarang perubahan. Jika permintaan terhadap rokok jatuh sebanyak kurang daripada 10 %, maka dikatakan permintaan terhadap rokok tidak anjal dari segi harga.

Contoh 2: Jika kerajaan menaikkan harga gula pasir sebanyak 10 %, berapakah perubahan permintaan terhadap gula pasir? Adakah permintaannya jatuh kurang daripada 10 %, lebih daripada 10% atau tidak mengalami sebarang perubahan.

PERINGATAN :
Isi dan huraian di atas perlu disusun semula agar menjadi satu kesatuan ayat yang bersangkut-paut antara satu sama lain.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:12 0 ulasan
SELASA, 2010 MAC 23
KARANGAN BERBENTUK WAWANCARA
(1) Karangan Wawancara.
Tema : Melindungi hidupan liar yang terancam oleh pemburuan secara haram.

Perenggan Isi :

1. Ayat Format : Pihak yang mewawancara akan bertanyakan soalan khusus kepada pihak yang diwawancara .

Contoh :

Editor : Pada pendapat tuan, apakah langkah proaktif yang boleh menyelamatkan hidupan liar daripada mengalami kepupusan ? (Ayat Format)

VIP: Terma kasih atas soalan yang saudara kemukakan. (AF). Mengikut pengalaman saya, langkah pertama adalah meminda undang-undang berkaitan hidupan liar supaya mengenakan hukuman lebih berat kepada pemburu tidak berlesen. (Ayat Topik). APA.

Hal ini demikian kerana undang-undang yang lebih berat akan menakutkan pemburu haram daripada membunuh hidupan liar yang dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Mereka akan berfikir dua kali sebelum melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti ini. SEBAB

Contoh terbaik adalah langkah kerajaan untuk mengenakan denda yang lebih tinggi dan hukuman penjara mandatori sekiranya seorang pemburu haram didapati melakukan kesalahan meburu binatang yang dilindungi. Bukan setakat denda dan penjara, bahkan lesen untuk memiliki senjata api untuk tujuan memburu boleh digantung atau dibatalkan terus jika pemburu tersebut melakukan kesalahan membunuh binatang yang dilindungi oleh undang-undang. BAGAIMANA

Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak Perhilitan perlu berjalan pada setiap masa. Jika terdapat aduan mengenai pemburuan binatang secara haram, mereka perlu bertindak dengan segera melalui modus operandi yang tersusun. BILA.

Masukkan peribahasa yang sesuai. Contoh :
1. Mengabui mata (memperdaya seseorang supaya tidak mengetahui tujuan/ keadaan sebenar.
2. Ada akal (mempunyai idea)
3. Ada gigi (ada kuasa dan berani bertindak)
4. Akal belut (tipu muslihat yang licik)
5. Duit kopi (wang yang diberi kepada seseorang sebagai upah untuk mendapatkan sesuatu).
6. Hangat-hangat tahi ayam (tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu)

Ayat penegas: Sememangnya tiada kompromi kepada pihak yang melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti memburu secara haram kerana perbuatan ini akan menyebabkan generasi akan datang berputih mata daripada melihat spesies hidupan liar tersebut.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 01:54 0 ulasan
AHAD, 2010 MAC 21
ULASAN NOVEL BERFORMAT
1. Format karangan berbentuk ulasan.
2. Isi karangan.

Format : Tajuk ulasan dan nama pengulas novel.
Isi karangan :

1. Pengenalan - ayat rangsangan dan ayat arah.
2. Perenggan isi : WAJIB menyatakan sinopsis novel secara keseluruhan. Jika tidak nyatakan sinopsis akan menjejaskan penilaian terhadap karangan anda.

3. Boleh memilih 4 atau 5 aspek ulasan novel iaitu :

a. Tema dan persoalan.
b. Watak dan perwatakan
c. Plot novel
d. Teknik plot
e. Nilai kemanusiaan dan nilai kemasyarakatan
f. Pengajaran
g. Latar masa, tempat dan masyarakat
h. Gaya bahasa

3. Perenggan Kesimpulan :

a. ayat kesimpulan umum
b. ayat pendapat
c. ayat cadangan
d. ayat penilaian

Masukkan dua atau lebih peribahasa atau ungkapan menarik.

Soalan karangan ulasan novel telah dikemukakan dalam peperikaan SPM 2009 (November). Harap maklum.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 13:57 0 ulasan
SABTU, 2010 MAC 20
MENDUNIAKAN BAHASA MELAYU
Terdapat beberapa artikel yang ditulis berkaitan dengan isu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Sila rujuk majalah DEWAN BAHASA keluaran bulan NOVEMBER 2009 untuk lebih memahami usaha untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu.

1. Menduniakan Bahasa Melayu
(Disesuaikan daripada teks ucapan oleh YAB Menteri Besar Johor

2. Bahasa Melayu Bahasa Dunia (Impian yang Boleh Menjadi Kenyataan
Oleh : Nik Safiah Karim

3. Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa
Oleh : Teo Kok Seong

4. Keantarabangsaan dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
Oleh : Noresah Baharom

5. Globalisas : Ruang Besar kepada Bahasa Melayu
Oleh : Azman Ismail

6. "Mengantarabangsakan Bahasa Melayu, Kuasa Politik Penentunya"
Bual bahasa dengan Prof Madya Dr Victor Pagadaev

Sila dapatkan majalah tersebut di kedai buku Dawama atau berhubung dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel-artikel tersebut tidak boleh disiarkan di blog kerana boleh melanggar hakcipta penulis dan penerbit.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 15:19 0 ulasan
JUMAAT, 2010 MAC 19
WARGA ASING RAIH KEMEWAHAN DI NEGARA KITA
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien di Parlimen kelmarin berkata, sesi pemantauan akan dilakukan ke atas semua premis yang menggunakan khidmat pekerja asing bagi memastikan majikan menjaga kebajikan mereka, terutamanya membabitkan aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempat kerja.

Langkah tersebut sejajar dengan sumbangan yang telah diberikan oleh golongan tersebut terhadap pembangunan ekonomi negara dan menganggap beberapa sektor akan lumpuh jika tiada khidmat pekerja asing berkenaan.

Sehingga awal tahun ini, jumlah keseluruhan pekerja asing yang direkodkan pada masa ini adalah seramai 1.8 juta orang dan mereka bekerja dalam beberapa sektor antaranya pembinaan, perladangan, pembuatan dan restoran.

Sebanyak RM12.2 bilion wang keluar dari negara ini hasil daripada aktiviti pekerjaan yang dilakukan oleh tenaga asing di Malaysia sehingga akhir 2008.

Jika direnungi, angka di atas membawa dua mesej penting iaitu pertama, negara memang kekurangan tenaga kerja tempatan terutama dalam sektor kritikal. Kedua, kita memiliki tenaga kerja mencukupi tetapi terpaksa mengimport orang luar atas alasan peluang dalam bidang pekerjaan yang dibuka tidak diminati orang kita.

Ketika banyak sektor menggalakkan penggunaan khidmat pekerja asing, ramai warga kita sendiri masih terus bergelar penganggur.

Jawapannya sudah pasti kebergantungan ini memang tidak dapat dielakkan terutama permintaan yang amat tinggi dalam sektor perkilangan, perladangan dan pembantu rumah.

Kehadiran ramai pekerja warga asing telah lama membantu menjana ekonomi negara kerana mereka turut mengeluarkan perbelanjaan harian yang banyak sehingga meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Namun begitu, perlu diingat bahawa mereka juga membawa keluar berbilion ringgit wang kita ke negara mereka. Kita tentu pernah membaca cerita seorang warga Bangladesh yang bekerja di sebuah kilang elektronik.

Beliau menyatakan bahawa hasil wang yang dikumpul sejak 10 tahun bekerja di negara ini, dia sudah berjaya membuka sebuah kedai pakaian dan membeli sebidang tanah di negaranya yang kini diuruskan ibu dan adiknya.

Kini, dia sudah pun menikmati gaji empat angka dan mempunyai simpanan untuk hari tua dengan gaji permulaan hanya sekitar RM500.

"Malaysia ibarat syurga bagi kami", kata beliau.

Hakikatnya, ramai lagi orang luar sepertinya yang berjaya sampai ke tahap itu.

Walaupun terpaksa melalui pelbagai ranjau di peringkat awal untuk bekerja di sini, sudah ramai pekerja warga asing yang menumpang kemakmuran dan kekayaan bumi Malaysia.

Biarpun kerajaan pada dasarnya mahukan 40,000 jawatan dalam sektor swasta negara ketika ini diisi dengan pekerja tempatan, namun disebabkan faktor sikap, hasrat itu tidak dapat direalisasikan.

Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada akhir 2008 menunjukkan bahawa seramai 59,250 siswazah di Malaysia masih menganggur atau mengikut pecahannya adalah 57,072 Bumiputera (96.4 peratus), Cina 1,027 (1.7 peratus), India 1,007 (1.7 peratus) dan lain-lain 144 atau 0.2 peratus.

Tiga faktor utama menyebabkan masalah pengangguran di kalangan graduan adalah tiada pengalaman bekerja, kelemahan berbahasa Inggeris dan bidang pengajian tidak sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan.

Sikap majikan sendiri yang lebih senang menggunakan khidmat pekerja warga asing atas alasan mereka tidak banyak kerenah mengenai gaji dan kebajikan pekerja turut menyumbang kepada situasi itu.

Sebagai contoh, sektor perladangan terutama yang melibatkan pertanian berasaskan komoditi kini dibanjiri pekerja warga asing. Tanpa disedari tindakan itu merugikan mereka sendiri apabila terpaksa membayar kos yang tinggi kepada pekerja terbabit.

Ketika kenaikan harga sawit dan getah sekarang, pekerja warga asing berlumba-lumba mendapatkan pekerjaan dengan tawaran dan terma kerja menarik daripada majikan.

Kisah seorang graduan yang mendedahkan dia memperoleh pendapatan sehingga RM8,000 sebulan dengan bekerja sebagai penoreh getah, baru-baru ini wajar dijadikan iktibar.

Namun, berapa ramai kalangan graduan menganggur yang sanggup memegang pisau toreh dan bergelumang bau busuk getah sekerap setiap hari?

Rasa malu dengan orang di sekeliling yang menyindir apabila terpaksa bekerja sebagai petani atau penoreh walaupun menggenggam segulung ijazah menyebabkan mereka terus berada dalam dilema.

Kenapa kita tidak mahu mengambil contoh masyarakat Jepun yang mana lulusan universiti di negara matahari terbit itu diberikan jawatan rendah ketika memulakan tugas dalam sesebuah organisasi.

Sikap itu sebenarnya merugikan kita sendiri dan akhirnya mereka yang untung adalah orang seperti rakyat Bangladesh tadi.

WAN MARZUKI WAN RAMLI
Pasir Mas, Kelantan

Sumber: Utusan Malaysia

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 05:10 0 ulasan
Jika kopitiam tiada sijil halal, kenapa perlu paksa?
MENGAPA kita perlu risau sekiranya pengusaha kopitiam tidak ingin memohon sijil halal Jakim.

Bagi saya itu adalah hak mereka sama ada untuk memohon atau tidak. Mereka mungkin tidak menyasarkan atau mengharapkan pelanggan Islam, buat apa kita beria-ia nak ke sana?

Mungkin juga mereka menyediakan makanan tidak halal. Jadi apa perlunya bagi mereka mendapatkan sijil halal? Seperti mana kedai makanan Cina adakah kita perlu memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Tidak perlulah bagi umat Islam pergi menjamu selera di situ. Adalah amat memalukan jika kita mendesak mereka mendapatkan sijil halal.

Adakah ia satu keperluan yang mendesak untuk kita ke kopitiam? Banyak lagi kedai makanan Islam yang ada yang kita tak perlu risau dan ragu.

Atau adakah dengan tidak dapat ke kopitiam kita akan mati kelaparan? Masalah kopitiam ini adalah masalah orang Melayu elit.

Dalam keghairahan kita memberi sijil halal kepada pengusaha makanan bukan Islam secara tidak langsung, kita telah memberi saingan kepada pengusaha Islam untuk berniaga.

Adakah tidak cukup makanan keluaran orang Islam di pasaran sehinggakan kita terpaksa memaksa pengeluar bukan Islam membuat dan menyediakan makanan untuk kita dan memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Adakah orang Islam tidak mampu menyediakan makanan untuk orang Islam sendiri?

Jakim juga tidak perlu berlembut dan tunduk kepada desakan pengusaha-pengusaha kopitiam ini yang mengatakan syarat Jakim terlalu ketat.

Sekiranya susah untuk memohon mereka tidaklah perlu memohon dan orang Islam tak perlulah makan minum di situ.Juga janganlah pamerkan sijil halal palsu.

FAUZI ASMARA
Guar Chempedak,Kedah

No comments:

Post a Comment