Sunday, November 28, 2010

Elok untuk semua....

> Penawar di kala kepenatan

> >Sebagai seorang wanita, tugas sebagai seorang
> isteri dan suri rumah
> memang
> >memenatkan. Bebanan itu akan bertambah apabila
> telah mempunyai anak dan
> terpaksa pula bekerja untuk meringankan beban suami.
> Hanya orang yang
> benar-benar sabar yang boleh menjalankan semua tugas
> ini dengan penuh
> rasa
> >ceria. Kita menghormati wanita-wanita yang
> mempunyai jiwa yang tabah.
> Sebagai manusia biasa, ada waktunya timbul rasa
> teramat penat setelah
> bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja rumah.
> Tambahan pula apabila
> suami
> >tidak turut sama membantu. Keadaan ini boleh
> menambah tekanan hidup dan
> jika
> >tidak diuruskan secara profesional, kerukunan
> rumah tangga akan
> terjejas. Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan
> tugas-tugas seharian
> sama ada di
> rumah
> >mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua
> yang diajar oleh
> Rasulullah
> >s. a. w. kepada puteri kesayangannya Saidatina
> Fatimah sebagai
> penawarnya.
> >Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada
> suaminya Saidina Ali bin Abu
> Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana
> keletihan menggiling
> gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
> "Bapa kamu telah datang
> membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan
> mintalah seorang
> khadam untuk membantumu."
> >Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan
> menyatakan hasrat untuk
> mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas
> hariannya di rumah.
> Bagaimanapun Rasulullah s. a. w. tidak mampu
> memenuhi permintaan anak
> kesayangannya itu.
> >Lalu Baginda s. a. w. pergi menemui puterinya
> serta menantu itu. Baginda
> s.
> >a. w. berkata : "Apakah kamu berdua mahu aku
> ajarkan perkara yang lebih
> baik
> >daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila
> kamu berdua berbaring
> untuk
> >tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
> bertahmid (Alhamdulillah) 33
> kali
> >dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah
> lebih baik untuk kamu
> berdua
> >daripada seorang khadam."
> >
> >Inilah penawar ringkas yang Nabi s. a. w. ajarkan
> kepada anak dan
> menantunya
> >bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup
> mereka berdua. Saidina
> Ali
> >terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah
> s. a. w. ini. Katanya
> : "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya
> semenjak ia diajarkan
> kepadaku."
> >Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami
> atau sesiapa sahaja yang
> merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas
> harian supaya
> mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali),
> 'Alhamdulillah' (33 kali)
> dan
> 'Allahuakbar'
> >(33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum
> melelapkan mata. Lakukanlah
> dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan),
> Insya-Allah petunjuk
> Nabawi
> >ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
> seharian kita. Akan
> terserlah
> >ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
>

No comments:

Post a Comment