Saturday, November 27, 2010

Lempeng Simple

No picture
Resepi daripada mak

Created on : 05-10-2007
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan



Share



Bahan-bahan ( 12 keping )

Tepung Gandum Setengah Kilo
Air secukupnya
sedikit garam
untuk kuah nya pulak
1 tin kecik sardin
5-7 tangkai cili kering (kalau nak pedas leh tambah lagi)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit garam dan gula
Cara-cara

Tepung gandum digaul dengan air sehingga menjadi tidak terlalu cair atau pekat
Masukkan sedikit garam (ikut suka)
Ratakan minyak masak di dalam kuali supaya tidak melekat
kemudian ambil sesenduk tepung yang telah siap digaul tadi dan ratakan di atas kuali
Balikkkan lempeng tadi dan boleh mulakan yang seterusnya.
Untuk kuahnyer pulak,
cili kering, bawang besar dan bawang putih di kisar sekali dan tumiskan di dalam kuali dengan sedikit minyak
Isi sardin tadi perlu dikisar atau ditumbuk lumat (tuk senang, blender jea)
setelah bahan yang ditumis tadi naik bau dan agak kering masukkan sardin yang telah dikisar tadi
masukkan sedikit garam dan gula sebagai perisa
Kacau sehingga kuah agak pekat
untuk hiasan leh taburkan bawang goreng dan sedikit cili masak (yang dah hiris)
Lempeng sedia untuk dimakan, sedap... cubalah rasa
Tag

Sarapan Pagi

No comments:

Post a Comment