Wednesday, May 5, 2010

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg
daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali
ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan
tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak
saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia
tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat
telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt
terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu
pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak
ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak
kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar
mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut
anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah
pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun
apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari
mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan
takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka
juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah
rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita
sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita
omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n
selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa
yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi
ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu
sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too
perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka
juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita
mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan
tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri
bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia
belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar
lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar
tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada
betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga
menghargai dan memahami perasaan kita

Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata
dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia
dan akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment