Sunday, April 5, 2009

Sabar senjata mulia hadapi ujian
January 7th, 2008 · 2 Comments

Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad

Tabah terhadap segala dugaan, syukuri nikmat lambang ketinggian iman umat

IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.

Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak tercapai melainkan dengan iman.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)

Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:

“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)

Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15.

Allah memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.

Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah tanpa batas kepada orang yang sabar.

Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah, Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.

Sabar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sabar dalam mentaati Allah, sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan sabar menghadapi ujian Allah. Patut diingat bahawa mengadu dan merayu kepada Allah tidak menafikan sifat sabar.

Ini seperti mana berlaku kepada Nabi Ya’kub ketika baginda berkata:

“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,” (Surah Yusuf, ayat 86).

Adapun yang menafikan sifat sabar adalah merungut terhadap Allah, manakala bersabar terhadap ujian Allah seperti menghadapi bencana alam seumpama banjir besar, gempa bumi, sakit dan lain sebagainya, mangsa perlu menghadapinya dengan mengharapkan balasan sebaiknya daripada Allah.

Mangsa juga perlu mengharapkan penyelesaiannya daripada Allah dan ketiga menganggap ringan ujian itu dengan cara mengingati segala nikmat yang dikurniakan Allah selama ini. Dengan demikian akan terasa bahawa ujian itu bagaikan setitik air daripada luasnya laut.

Tanpa senjata sabar dalam perjalanan hidup ini, kehidupan seseorang tidak akan tenang dan damai kerana jalan hidup tidak selalunya mendatar, ada kalanya mendaki dan kadang-kadang jatuh.
Kesabaran Rasulullah Saw dan Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah tseorang pengemis Yahudi yang buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”

Setiap pagi Rasulullah mendatanginya denga membawa makanan dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah melakukannya hingga menjelang beliau wafat.

Setelah Rasulullah wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu. Suatu hari Abu Bakar ra berkunjung ke rumah putrinya Aisyah ra. Beliau bertanya, “Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”


Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai aya, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.”

“Apakah itu?” Tanya Abu Bakar ra.

“Setia pagi Rasulullah selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana.” Kata Aisyah.

Keesokan harinya, Abu Bakar ra pergi kepasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar ra mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar ra mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?”

Abu Bakar ra menjawab,”Aku orang yang biasa datang.”

“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangi ku,”jawab si pengemis buta itu. “Orang yang biasa mendatangi ku itu selalu menyuapi ku, tapi terlebih dahulu dihaluskanya makanan tersebut setelah itu ia berikan dengan lembut kepadaku.”

Abu Bakar ra tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw”

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar ra ia pun menangis dan kemudian berkata,”Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.”

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar ra. Kesabaran Rasulullah memang tidak terbats dan tidak pandang bulu walaupun kepada seorang pengemis buta Yahudi yang selalu memusuhi beliau.
Jiwa beriman tabah hadapi dugaan
June 3rd, 2008 · 1 Comment

Bersama YaPEIM:

LUAH PERASAAN: Islam mengajar ummah sabar hadapi bencana yang menimpa diri, keluarga, harta atau kedudukan.

Sabar, jujur dalam urusan seharian akhlak Muslim dipelopori Rasulullah

KESABARAN merujuk kepada kemampuan untuk menanggung kesukaran tanpa gelisah dan menunggu hasilnya, biar berapa lambat sekalipun di samping sanggup menghadapi bebanan biar betapa berat dengan hati tenang dan pemikiran jitu.

Ini adalah berasaskan prinsip dalam al-Quran yang menekankan manusia pasti diuji sehingga mereka mengaturkan persediaan untuk menghadapi bencana yang akan menimpa supaya tidak kehilangan punca apabila bencana menimpa secara mendadak.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan kami ternyata adanya orang yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar. Kami dapat mengesahkan berita mengenai keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 3)

Konsep sabar diasaskan kepada dua hakikat penting iaitu :

Pertama, tabiat kehidupan di dunia ini, Allah tidak menjadikan dunia sebagai tempat balasan dan persemadian. Dunia dijadikan tempat ujian dan percubaan.

Kedua, ia dikaitkan dengan hakikat ‘iman’ iaitu ikatan antara manusia dengan Allah. Manusia harus tunduk kepada ujian Allah untuk membuktikan mana yang tulen dan palsu.

Firman Allah yang bermaksud:

“Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya; Allah akan memperlihatkan kepada kamu tanda kekuasaannya; maka janganlah kamu meminta disegerakan kedatangannya.” (Surah al-Anbiya’, ayat 37)

Sifat sabar adalah ciri keagungan dan lambang kesempurnaan serta petanda penguasaan diri terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Dalam tamadun Barat pun, sifat ini diterima dengan baik.

Seorang tokoh terkenal Amerika Syarikat pernah berkata: “Jangan memohon untuk meringankan bebanmu tetapi mohonlah supaya ditegapkan badanmu.” Pokoknya, sabar akan memupuk sikap keagungan dan percaya kepada diri sendiri.

Sabar boleh dibahagikan kepada tiga kelas. Pertama, sabar atas ketaatan. Ini adalah berasaskan kewajipan untuk melakukan sesuatu secara berterusan atau istiqamah. Contohnya, sabar dalam melaksanakan ibadah dan tuntutan agama.

Kedua, sabar daripada maksiat yang menjadi unsur penentangan terhadap godaan tersebar terhadap manusia yang menggerakkan mereka melakukan dosa dilarang.

Sabar adalah cetusan daripada keyakinan yang kuat dan tumpuan tegas terhadap apa yang diredai Allah SWT. Ini adalah semangat yang melindungi diri daripada melakukan perkara keji serta keburukan.

Ketiga, kesabaran menghadapi bencana yang menimpa seorang Muslim sama ada diri, keluarga, harta atau kedudukannya.

Konsep kesabaran bertambah kompleks apabila ia dipikul kumpulan kepemimpinan mewakili sekelompok pengikut, lebih-lebih lagi pemimpin yang mewakili kumpulan lebih besar, meliputi pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Pemimpin akan sentiasa diuji dengan pelbagai isu dan akan dirakamkan dalam sejarah kepemimpinannya, sama ada dia lulus atau gagal menangani pelbagai perkara yang mewarnai eranya.

Pokoknya, pemimpin sejati bukan sekadar popular pada eranya sebaliknya dikenang sepanjang masa.

Begitu juga dalam perniagaan, sikap sabar menghadapi kerenah pelanggan dan pekerja adalah sifat terpuji kerana ia menjadi asas kepada kejayaan perniagaan jangka panjang.

Kesabaran menghadapi dugaan ekonomi dan perniagaan yang meleset dan kesabaran menghadapi peraturan, tekanan serta pesaing di pasaran juga penting untuk memastikan perniagaan terus hidup pada jangka masa panjang.

Kesabaran juga akan memberikan kesan besar kepada pertimbangan terhadap kesaksamaan dan keadilan. Bersikap adil bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan ketentuan akidah, syariah dan akhlak serta bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Adil meliputi keadilan kepada orang lain dan diri sendiri. Banyak contoh bagaimana Rasulullah SAW menunjukkan sikap adilnya.

Dalam sebuah hadis, dikatakan: “Kaum Bani Israel sudah menemui kehancuran disebabkan mereka mengadakan undang-undang (hukuman) ke atas orang miskin dan memaafkan orang kaya.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, berdiri tegaklah untuk Allah sebagai saksi kepada keadilan dan jangan biarkan permusuhan orang lain menghasut kamu supaya bertindak berlawanan daripada keadilan, sentiasa berlaku adil kerana ia sangat dekat dengan ketaatan. Bertanggungjawablah terhadap tugas kamu kepada Allah.”

Dalam al-Quran juga seruan begini jelas seperti firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa atau kaum kerabatmu sama ada mereka kaya atau miskin.” (Surah an-Nisa’, ayat 135)

Bagaimanakah sifat adil diamalkan dalam perniagaan? Adil penting dalam urusan jual beli. Timbangan yang tepat adalah satu aspek keadilan yang penting.

Memberikan maklumat sepenuhnya kepada pelanggan bagi membolehkan mereka membuat keputusan rasional adalah satu lagi sikap keadilan dalam perniagaan.

Bersikap adil ketika tawar-menawar bagi mengelakkan elemen eksploitasi disebabkan tekanan atau maklumat tidak sempurna dimiliki rakan kongsi adalah perlu.

Pengiklanan dan promosi serta bentuk pembungkusan yang boleh mengaburi mata bertentangan sikap keadilan dalam perniagaan.

Syarat perniagaan dan urusan jual beli yang memberikan faedah kepada kedua belah pihak secara seimbang juga satu contoh amalan perniagaan adil.

Perkongsian keuntungan dengan pekerja atau pemodal berasaskan pada kadar sesuai adalah satu lagi sikap adil yang perlu diamalkan.

Ada banyak lagi elemen peribadi Muslim boleh diambil sebagai akhlak yang menjadi asas etika kehidupan sejagat. Ini termasuk baik hati, rahmat dan kasih sayang, kemaafan, murah hati, layanan baik, pengorbanan, rendah hati, kesopanan, tabah, tekun, gagah, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, bekerjasama, ketepatan masa, berjimat cermat dan bersyukur.

Jika diperhatikan, sifat dan sikap berkenaan hampir semua boleh dikaitkan atau berpunca daripada prinsip akhlak Islam yang dipelopori Rasulullah SAW. Ia adalah ciri pecahan kepada prinsip asas akhlak Islam.

Prinsip kehidupan seorang Muslim berteraskan kepada konsep mengamalkan Islam sebagai cara hidup.

Ia berteraskan kepada nilai hidup setiap individu Muslim di alam semesta yang menekankan konsep pengabdian kepada Allah.

Cabaran yang yang tidak boleh diketepikan juga ialah mengukuhkan nilai murni individu supaya sentiasa menonjolkan kepentingan masyarakat umum dalam keputusan yang dibuat. Ini memerlukan nilai diasaskan pada akhlak berasaskan ajaran Islam yang murni.

Prinsip mengutamakan kepentingan ummah dengan matlamat mendapat keredaan Allah berbanding diri sendiri dan segelintir kecil kumpulan akan menjadi tonggak utama penyelesaian isu dalam apa bidang sekalipun.

Share This
Saya baru selesai menonton rancangan 報道 Station (News Station) di chanel 10 - Asahi Television mengulas tentang kemenangan pasukan bola sepak Jepun melawan Bosnia Herzegovina dalam siri perlawanan Kirin Challenge Cup 2008, di mana pada separuh masa kedua defender Nakazawa membolosi satu gol dan midfielder Yamase 2 gol menjadikan 3-0. Kemenangan pertama buat Okada Japan. Jika ada sebarang kesalahan, minta ditegur. Saya bukan arif tentang bola. Apa yang mahu saya sentuh adalah ulasan tetamu jemputan berkenaan kemenangan pertama Okada Japan kali ini dalam menuju W杯予選 (World Cup Preliminary) nanti.

Tetamu jemputan News Station menyebut, 'sudah sikap bangsa Jepun, takut untuk menghadapi kegagalan, gagal sekali bermakna gagal selamanya'. Itu isi penting daripada ulasannya. Beliau meluahkan rasa kekecewaan dengan kemenangan pertama Okada Japan, dengan 3 gol oleh midfielder dan defender bukan dari forward. Walaupun kemenangan ini membuktikan kehebatan semua pemain, gol sepatutnya dikuasai oleh forward dan dibantu oleh yang lain. Satu kelemahan pemain bola sepak Jepun adalah 'takut' untuk menjaringkan gol. Takut sekiranya tendangan yang dibuat menemui kegagalan dan disalahkan kerana kecuaian sendiri. Kerana itu ramai pemain Jepun lebih gemar passing dan dribble.

Malahan perkara 'takut' ini bukan sahaja berlaku dalam permainan bola sepak, ia juga berlaku dalam kehidupan seharian bangsa Jepun yang diagungkan sebagai salah satu bangsa termaju di dunia. Satu kegagalan membawa maksud kegagalan seluruh hidup, dan mentaliti ini disampaikan kepada kanak-kanak di luar sedar orang-orang dewasa.

Jadi, apakah itu kegagalan? Atau lebih tepat jika saya tanya, apa itu kejayaan pada mata kita?

Adakah mereka yang gagal mendapat tempat di universiti, bekerja hanya sebagai tukang sapu sepanjang hidup mereka, adalah golongan manusia yang gagal? Jika ya, makanya arwah atuk saya adalah seorang yang gagal kerana tidak ke universiti dan hanya bekerja sebagai tukang buat rumah sepanjang hayatnya. Sebaliknya, adakah berjaya masuk universiti, mendapat segulung ijazah, sambung master dan bekerja dengan gaji lima angka membuktikan bahawa anda seorang yang berjaya dalam hidup? Jika itu adalah jawapannya, saya merupakan golongan yang hampir berjaya (gaji saya mungkin tidak mencapai lima angka).

Gagalkah Sultan Muhammad Fateh yang menyerang kubu kota Konstantinople selama hampir 48 hari sehingga beliau menemui jalan untuk menyeberangi kapal melalui puncak gunung ke Teluk Golden Horn, gagalkah Alexander Graham Bell yang 100 kali gagal mencipta telefon sehingga akhirnya telefon pertama di dunia tercipta? Dan gagalkah Rasulullah SAW yang mengetuk pintu rumah Abu Jahal sebanyak 70 kali mengajak Abu Jahal memeluk Islam? Apakah maksud kegagalan yang sebenarnya?

Lojikkah jika saya mengatakan istilah gagal dalam hidup juga membawa maksud kejayaan hidup seseorang? Anda setuju?

Maka di sini saya mahu membuat satu pembetulan. Tidak, saya bukan seorang yang berjaya dalam hidup. Cuma jalan hidup saya dipermudahkan oleh Yang Berkuasa. Saya masih belum bertemu 'sesuatu' yang bisa membuktikan saya sebenarnya telah berjaya.

Lantas, sekali lagi saya bertanya, apakah itu kejayaan, apakah itu kegagalan?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?" (al-Ankabut : 2)

Jalan hidup saya masih dipermudahkan. Ujian penanda aras kegagalan dan kejayaan saya masih belum dibentangkan. Mungkin saya akan gagal, harapannya saya akan cemerlang. Sungguh, kejayaan itu tidak ditafsir dengan kebendaan dan pancaindera. Kesan daripada kegagalan (baca;pengajaran) itulah mengubah seseorang untuk menyedari di mana ia patut mencari kejayaannya.

Saya sendiri lebih gemar menetapkan kejayaan/kegagalan sama erti dengan syurga/neraka. Mahalnya harga sebuah kejayaan...
"Selamat tinggal wahai dunia duka
dan selamat datang wahai dunia iman,
Burung yang patah sayapnya
Takkan mati kerana lukanya
Wahai hatiku yang sedih perangainya
Sungguh kesedihan itu telah meninggalkan diriku
Kan terbang aku ke dunia cinta
Kerana aku muslim
yang membumbung dengan iman
Gelarku adalah muslim dan itu cukup bagiku
Aku termasuk ke dalam tentera keimanan
Al-Qur'an adalah cahaya dan sinar
Islam adalah kecintaan dan kerinduanku
Dekaplah wahai dunia kesucian
Sehingga sentuhan kasihmu menemui perasaanku
Temanku adalah keberseihan dan kesucian
Pahlawan tentera Ar-Rahman
Di bawah naungan agama aku hidup
Untuk menebus keislamanku yang nyaris sirna
Sehingga aku menjadi khalifah di dunia
Dan mengibarkan tinggi-tinggi panji Al-Qur'an"
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Islam diturunkan oleh Allah untuk memimpin dan membentuk keperibadian muslim yang mulia. Maka untuk mempastikan tercapainya tujuan yang murni itu Islam mengatur beberapa kaedah dan amalan yang tertentu.

Antara sifat mulia yang diajarkan oleh Islam ialah sifat sabar. Yang dikatakan sabar itu ialah “keupayaan dalaman menahan diri untuk mentaati suruhan Allah samaada melakukan sesuatu tugasan atau menghadapi sesuatu halangan, rintangan atau cabaran”. Sifat sabar ini sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang baik dalam apa lapangan sekalipun. Sebagai bukti pentingnya sifat sabar ini, Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quraan tentang kemuliaan sifat sabar dan menyuruh kita supaya bersabar. Antaranya firman Allah pada ayat 2 dan 3 surah Al-‘Asr yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.”

Suatu kelemahan kita manusia ialah kita kurang mampu menghadapi dugaan dan cabaran hidup seharian kita. Kita mudah dipengaruhi oleh nafsu jahat yang ada dalam diri kita. Akibatnya kita jadi pemarah, tidak bertimbangrasa, jemu, bosan dan sebagainya. Oleh itu antara penawar yang boleh mengurang dan menyembuhkan penyakit-penyakit hati ini ialah berpuasa.

Ibadat puasa mampu mengatasi penyakit-penyakit sedemikian, kerana dengan puasa kita diajar supaya menahan kehendak hawa nafsu yang jahat. Bila kita lapar dan dahaga kita diajar supaya bersabar menahan lapar dan dahaga itu. Bila kita berada dalam suasana yang membakar kemarahan kita, puasa mendidik kita supaya menahan kemarahan itu. Akhirnya, dengan asuhan dan didikan seumpama ini, kita menjadi orang yang mampu menguasai diri kita dan tidak lagi tunduk kepada kemahuan hawa nafsu yang jahat dan merugikan.

Masalahnya ialah masih ramai dari kalangan orang Islam yang tidak mampu menghadapi cabaran dalaman ini. Ada yang sangat pemarah, sehingga berlakulah pelanggaran terhadap ajaran agama. Kerana marah ada pasangan suami isteri yang sanggup bercerai berai. Kerana kecewa ada yang berputus asa lalu sanggup membunuh hatta membunuh dirinya sendiri. Kerana gagal dalam sesuatu usaha lalu merasa bosan dan jemu lantas meninggalkan kerja itu tanpa berusaha lagi. Akhirnya jadi orang yang malas dan kecewa yang tidak membawa apa-apa kebaikan samada pada dirinya, agamanya, bangsanya dan negaranya.

Masalah-masalah tersebut dan juga yang laian-nya mampu diatasi apabila kita mempunyai sifat sabar yang tinggi. Dengan sifat sabar yang tinggi, kita mampu menguasai sifat marah yang menyala-nyala, kita mampu mengatasi sifat bosan dan jemu, malah kita mampu mencipta kejayaan demi kejayaan. Nilai-nilai mulia “mahmudah” seumpama inilah yang hendak dibena didalam diri umat Islam agar kita menjagi kuat dan mulia.

Mencipta kejayaan dalam kehidupan kita bukanlah suatu yang mudah, yang boleh dicapai menerusi angan-angan yang kosong; sebaliknya ia memerlukan kesedaran dan hemah yang tinggi serta diikuti kegigihan, ketekunan dan keikhlasan yang sebenar-benarnya. Contoh-contoh kejayaan umat Islam pada masa lampau dan masa kini menunjukkan bahawa ianya adalah hasil perjuangan yang dibena atas asas kesabaran yang tinggi. Yang tidak menyerah kalah, yang tidak berputus asa.

Demikian pentingnya sifat sabar dalam kehidupan kita umat Islam. Sifat sabar ini tidak akan diperolehi tanpa usaha
dan ikhtiar serta latihan yang berterusan. Oleh itu menerusi amalan berpuasa yang ditunaikan semata-mata kerana
Allah mampu membentuk kita menjadi muslim yang sabar
Kejayaan dalam bidang pendidikan semata-mata tidak menjamin seseorang beroleh kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup.
Dikirim pada 6 Mac, 2008 oleh admin




Kejayaan hidup biasanya dikaitkan dengan keupayaan seseorang mencapai status tinggi dari segi ekonomi dan sosial. Ketenangan dan kebahagiaan jiwa juga dianggap unsur penting dalam kehidupan seseorang yang berjaya. Seseorang itu dikatakan berjaya dalam pendidikan jika dia dapat melanjutkan pendidikannya sehingga menjadi seorang yang berilmu dalam bidangnya. Sememangnya, kejayaan dalam bidang pendidikan tidak dapat menjamin kebahagiaan dan kejayaan hidup secara mutlak. Keadaan ini demikian memandangkan kebahagiaan dan kejayaan hidup juga bergantung pada faktor-faktor yang lain.



Sememangnya, salah satu faktor yang menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang ialah kejayaan dalam pendidikan. Biasanya, seseorang yang berjaya dalam pendidikan formal mempunyai masa depan yang lebih cerah. Banyak peluang pekerjaan yang menawarkan suasana kerja yang lebih selesa dan pulangan yang lumayan terbuka untuknya. Misalnya, jawatan profesional seperti akauntan, doktor, peguam, jurutera, pakar perunding, dan sebagainya. Mereka dianggap berjaya kerana mencapai tingkat ekonomi dan sosial yang tinggi. Golongan ini juga dikagumi dan dihormati masyarakat. Hidup mereka juga jauh lebih senang daripada orang lain.



Namun kejayaan hidup juga boleh dicapai melalui pengalaman. Pengalaman akan menjadikan seseorang mahir dan matang serta bervisi jauh. Tanpa pendidikan, seseorang juga akan berjaya jika gigih menimba pengalaman. Sebagai contoh, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjaya membawa filem Melayu ke puncak kegemilangan melalui pengalamannya.

Begitu juga halnya dengan jutawan dan dermawan mendiang Tan Sri Loh Boon Siew yang miskin dan buta huruf ketika kecil, tetapi akhimya dapat menguasai pasaran motosikal di Malaysia. Dalam bidang pemiagaan pula, peniaga yang berpendidikan tinggi tetapi kurang pengalaman mungkin kalah kepada mereka yang bermula daripada perniagaan kecil tetapi menggarap pengalaman hingga memiliki badan korporat. Hal ini menunjukkan bahawa faktor kejayaan dalam pendidikan bukan faktor yang mutlak.



Kejayaan hidup juga bergantung pada faktor sikap. Sikap pantang kalah, optimistik, sabar, dan sentiasa ingin membaiki diri serta bersih, cekap, dan amanah juga merupakan kunci kejayaan hidup. Banyak siswazah yang menganggur kerana mereka tidak bersedia untuk bekerja keras, sebaliknya hanya menunggu durian runtuh sahaja. Banyak juga golongan profesional yang dihormati akhimya meringkuk dalam penjara kerana melakukan jenayah kolar putih. Golongan berpendidikan tinggi tetapi tidak sayang akan diri akhirnya terjebak dalam kancah dadah dan arak. Sememangnya, kehidupan mereka tidak bahagia. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjual pisang goreng. Namun, beliau telah menjadi pengamal perubatan dan seterusnya tokoh politik yang memimpin Malaysia dengan cemerlang. Hal ini menunjukkan bahawa faktor pendidikan bukan faktor tunggal yang menjamin kejayaan hidup. Sebaliknya, faktor sikap juga memainkan peranan penting.



Keutuhan imanjuga merupakan teras kebahagiaan dan kejayaan seseorang. Kekayaan yang melimpah tidak akan memuaskan seseorang jikalau nafsu tamak dan haloba menguasai diri dan fikiran mereka. Oleh itu, dia tidak akan bahagia kerana menginginkan kekayaan yang lebih banyak. Keluarga yang porak-peranda dan menyiksa jiwa berpunca daripada kekurangan keimanan. Keganasan rumah tangga berlaku kerana ketua keluarga kurang pegangan agama. Keluarga yang berpendidikan tinggi juga akan menjadi tempat berlakunya keganasan jika tidak mempunyai didikan agama yang secukupnya. Semua ini menjadi penghalang bagi seseorang mengatur hidupnya. Malah konfiik yang timbul mungkin mendorong seseorang tidak berani meneruskan hidupnya, lalu mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Jadi pegangan agama yang utuh membolehkan kita mencari ketenangan dan kebahagiaan hidup.



Suasana juga turut mempengaruhi kejayaan hidup seseorang. Suasana yang dimaksudkan ialah suasana masyarakat dan negara. Masyarakat yang runtuh nilai moralnya akan menjadi tapak pembiakan kes-kes jenayah, maksiat, penagihan dadah, dan wabak AIDS yang tiada ubat penawamya. Kewujudan pelbagai masalah yang tersebut menyebabkan setiap ahli masyarakat akan terancam. Dalam negara yang huru-hara, peperangan akan meragtit bukan

sahaja harta benda malah nyawa manusia. Pada masa itu, pendidikan yang tinggi sejauh mana pun tidak lagi bererti dan tidak dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.



Jelaslah bahawa kejayaan cemerlang dalam pendidikan bukanlah faktor penentu yang mutlak dalam menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang. Lebih-Iebih lagi dalam zaman yang penuh dengan segala macam cabaran ini. Sesungguhnya memang lebih baikjika kita berpendidikan tinggi. Namun kita juga memerlukan didikan agama, sikap positif dan keimanan untuk mencapai kehidupan yang bahagia dan berjaya.
Aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi aku telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupku dan dialah orangnya.

Agak lama saya tak mengupdate blog ni kerana masa tidak begitu mengizinkan. Antara azam 2009 ni mungkin untuk memberi lebih tumpuan kepada blog ini. Mungkin momentum semangat yang semakin menurun jika dibandingkan diawal kewujudannya. Walau apapun saya tidak akan mengabaikan blog ini memandangkan matlamat asal saya membuka domain sendiri adalah untuk menjana pendapatan di internet disamping menulis artikel berkaitan perniagaan di internet dan juga motivasi kejayaan sebagai panduan saya sendiri dan juga pengunjung blog ini agar bersama dapat manfaat dan berkongsi maklumat dan idea di alam cyber ini.

Mengenai tajuk post saya kali ini, betul ke kepahitan hari ini adalah kemanisan masa depan. Saya percaya ramai diantara kita yang tidak suka pada kepahitan, tapi yang pahit itulah sebenarnya ubat, begitu jugalah dalam kehidupan kita, setiap perkara pahit yang kita tempuh itu merupakan satu ubat atau penawar kepada kita untuk terus berusaha sehingga kita berjaya mengecapi kemanisan akhirnya. Justeru itu terimalah segala kepahitan itu sebagai satu dorongan untuk kita terus berusaha dan bukannya melemahkan terus semangat kita.

Bagaimana menjalani pengalaman yang pahit dalam kehidupan ini. Kegagalan, kekecewaan, kesusahan, kemiskinan, kesukaran dan lain lain perkara pahit adalah suatu perkara yang harus diterima dengan positif dan hendaklah kita bersikap terbuka bagi menghadapinya.

Jika perpisahan merupakan satu kepahitan anggaplah ia ketentuan ilahi yang tiada sesiapapun dapat mengelaknya. Berikhtiarlah dan berdoalah agar kita dapat terus berusaha untuk mengubah kepahitan itu agar ia tidak berterusan menghantui kehidupan kita. Lakukan sesuatu usaha bagi mengubah kepahitan itu kepada satu kejayaan yang pastinya manis untuk dikecapi. Jadikan kepahitan itu satu penggerak untuk mencipta kemanisan didalam kehidupan.

Dulu anda gagal, tapi hari ini anda harus berjaya. Dulu anda susah tapi hari ini anda harus menjadi senang dalam kehidupan. Sememangnya kita perlukan perubahan dalam kehidupan. Contohilah dari kejayaan kejayaan orang disekeliling kita dan tanamkan semangat dan tekad kepada diri bahawa kita juga boleh berjaya asalkan kita berusaha. InsyaAllah kejayaan adalah milik kita. Ingatlah, pengalaman manis orang lain dan pengalaman pahit diri sendiri dapat memantapkan semangat dalam diri yang kelak akan menjadi pemangkin kejayaan dimasa hadapan..

Bangun dan lihatlah wangian kejayaan disekeliling anda. Lemparkanlah kepahitan yang melingkari hidup anda dan ciptakan kemanisan kejayaan itu. Contohilah mereka mereka ini yang telah berjaya didalam bidang masing masing. Nama nama seperti Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Irfan Khairi, Chef Li memang tidak perlu dikenalkan lagi. Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara mutiara ilmu satu demi satu kepada anda! Mereka menceritakan semua pengalaman pahit manis didalam satu ebook Mentor Jutawan. Moga ia menjadi satu suntikan semangat kepada anda semua, jika anda ingin memiliki ebook tersebut anda boleh dapatkannya dengan klik disini.



“JIKA TAKUT DENGAN KEPAYAHAN, KEPAHITAN DAN KEGAGALAN JANGAN ANGANKAN KEJAYAAN, KEMEWAHAN DAN KEBAHAGIAAN”

No comments:

Post a Comment