Monday, January 24, 2011

LAUNG AGUNG

Laung Agung merupakan

1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya "BUAT HABIS BAIK"

4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan

1. Setiap kali diadakan perjumpaan

2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

Istiadat Laung Agung

1. AKELA (Pemimpin) berteriak"PEK….." (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)

2. AKELA (Pemimpin) berteriak"PEK, PEK, PEK…."

(semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut"P…E….K…."

3. AKELAmemerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang
tangan.
Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.

4. AKELA mendepakan tangan --- PKK mengangkat tumit.

5. AKELA merapatkan tangan ke paha
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata--- "A K E L A, KITA BUAT HABIS

BAIK".

d) Selepas sebutan"BAIK" PKK bangun dalam keadaan sedia.

6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:-

"KAMU BUAT HABIS BAIK"

7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK"
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

No comments:

Post a Comment