Thursday, October 28, 2010

Selamat tinggal Ayah KU(CIK)

Pemergian ayahanda ke alam Baqa'telah menyebabkan kehidupan ku terasa sepi,hiba dan serba tak kena.aku selalu terkenangkan ayah (cik) sewaktu beliau melawat kami di Tawau pada bulan Jun yang lalu.Ayah(cik) sempat berada di Tawau selama seminggu shj.semasa ayah mau berangkat pulang ayah sudah batuk-batuk dan keluar darah.ayah memang tak mau ke hospital.masa tu ayah masih kuat dan bertenaga.ketika aku hantar ayah di airport tawau,aku sempat melihat ayah membimbit beg sewaktu mau menaiki pesawat.
apabila aku balik setelah mendapat panggilan dari adk mengatakan ayah sakit tenat,aku terus balk kekampung.sesampai dikampung aku terkejut melihat susuk badan yang begitu lemah dan terlalu kurus,astaghfirullah aku terkedu melihat tubuh ayah itu,jauh berbeza dgn keadaan semasa ayah melawat aku d tawau dulu.aku sembunyikan kesedihan ku,dan aku cuba happy saja semasa bersama-sama abang dan adik-adik ku.

Cik !
Innalillah Wainna ilaihi rajiun.
kami juga akan menyusul
kami sentiasa berdo'a agar cik bahagia di sana
Ya Allah
Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku
Ya Allah Limpahkanlah RahmatMu buat mereka
Ya Allah
Tempatkanlah Ruh mereka bersama-sama hamba-hamba MU yang solehin.
Amin Ya Rabbal A'lamin.

No comments:

Post a Comment