Saturday, June 27, 2009

June 28th, 2007, by shuth
Strategi Kekayaan 5 : Pelaburan
Hari ini, sayaingin menyambung semula “Shuth Strategy of Wealth” yang pernah saya tulis sebelum ini.
Selepas mempunyai perniagaan yang stabil, langkah yang seterusnya untuk mencapai dunia kebebasan kewangan adalah dengan memasuki bidang pelaburan.
Wang-wang yang diperolehi hasil daripada perniagaan, bolehlah dilaburkan ke tempat-tempat yang dapat memberikan pulangan yang memberangsakan seperti, pelaburan ke dalam unit amanah, saham, hartanah dan juga perniagaan.
Pelaburan internet? Oh! Tidak sama sekali..!!
Namun begitu, sebelum melaburkan wang anda kemana-mana instrumen pelaburan, pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi mengenainya. Pengurusan risiko juga perlu diambil kira..
Jika anda seorang yang masih muda(20-30an), mungkin anda boleh melaburkan wang anda ke dalam instrumen pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang agak tinggi sedikit seperti pelaburan saham.. oh yer! sudah pastinya, pulangan yang tinggi juga bermaksud risiko yang tinggi. Itu adalah hukum pelaburan.
Tiada pelaburan yang berisiko rendah tetapi memberikan pulangan yang tinggi. Jika ada, ianya adalah pelaburan tipu-tipu. (contohnya, pelaburan internet).
Pulangan tinggi, risiko pun tinggi.Pulangan rendah, risiko pun rendah.
Itu hukum alam yang perlu anda terima apabila membicarakan tentang topik pelaburan. Itu adalah hakikat, sama seperti, jika anda ingin masuk syurga, anda kena mati terlebih dahulu barulah boleh masuk syurga.
Tapi ramai manusia.. nak masuk syurga.. tapi takut mati. How come? Itu yang ada minum arak dan berfoya-foya di rumah pelacuran.. konon-kononnya.. itulah “syurga” tanpa perlu mati.. Oh!
Dalam kes pelaburan…Â syurga palsu itu dipanggil … skim cepat kaya.. risiko rendah untung besar..konon-kononnya laa….huh!
Bagi mereka yang sudah agak berumur… pelaburan-pelaburan yang berisiko rendah mungkin lebih sesuai untuk mereka. Makumlah, umur dah tua.. kalau hilang duit pelaburan tu.. manalah larat nak kerja lagi untuk cari dan kumpul semula duit yang hilang tu. Dah lah dah nak pencen.. kesian pak cik & makcik nie..
Jadi, pelaburan-prlaburan yang berisiko rendah seperti fixed deposit dan unit amanah agak sesuai untuk golongan-golongan yang berumur ini.
Selain faktor umur, faktor “tujuan/objektif” pelaburan juga perlu diambil kira. Di dalam model SSW ini, pelaburan yang dijalankan adalah bertujuan untuk menambah, mengagih dan juga menstabilkan sumber kekayaan. Oleh itu di dalam model SSW ini, instrumen pelaburan yang lebih digemari adalah pelaburan hartanah.
Ini kerana, selain daripada memberikan pulangan yang agak tinggi, pelaburan hartanah juga mampu memberikan pendapatan secara pasif setiap bulan melalui penyewaan.
Namun begitu, seperti biasa, ilmu & pengalaman perlulah dimiliki terlebih dahulu. Tanpa ilmu yang betul, pelaburan yang sepatutnya boleh memberikan keuntungan yang berganda, akan menyebabkan kerugian yang berganda pula.
Itulah sahaja yang mampu saya kongsikan untuk strategi ke-5 di dalam SSW ini.Wassalam.
May 9th, 2007, by shuth
Strategi Kekayaan 1 : Asas Kekayaan
Baiklah, hari ini saya akan mula huraikan “shuth strategy of wealth” (SSW) yang telah saya lukiskan pada entri sebelum ini.
Sebelum itu, ingin saya tegaskan, ini hanyalah strategi saya… betul bagi saya tidak semestinya betul bagi anda. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini… untuk menjadi kaya, bukanlah hanya satu jalan.. ada banyak lagi jalan yang lain. Dan SSW ini, adalah SALAH SATU jalan yang saya pilih untuk menuju “Dunia Kebebasan Kewangan”..
baiklah.. kalau dilihat pada gambarajah tersebut.. anda boleh lihat.. perkara yang paling asas untuk mencapai dunia kebebasan kewangan adalah “attitude & belief”.
Sikap.. adalah komponen yang paling asas untuk kita mencapai kejayaan di dalam apa-apa bidang sekalipun. Tanpa memiliki sikap yang baik seperti, usaha gigih, tidak mudah berputus asa, berfikiran positif, optimis dan sebagainya, agak sukar untuk anda mencapai kejayaan.
Adakah anda fikir.. dengan memilki pemikiran yang negatif, suka bertelagah, hasad dengki, tamak, tidak jujur dapat membantu anda mencapai kejayaan di dalam hidup anda?
Usah terkejut.. jawapannya “BOLEH”… tapi malangnya.. kejayaan tersebut biasanya tidak akan kekal lama. Cepat anda naik dengan membodek, merasuah, menabur fitnah, menikam orang dari belakang dan sebagainya… maka.. akan cepat jugalah anda tersungkur dan tergolek ke bawah.
Jadi.. perkara pertama yang perlu di perbaiki di dalam diri jika ingin berjaya adalah “SIKAP!”…
Sikap yang baik adalah penting, bukan sahaja sebagai asas per”MULA“an kejayaan anda, tetapi ia juga penting untuk meng”KEKAL“kan kejayaan anda.
Sebab itulah anda boleh lihat drama-drama di TV, ramai orang yang bersikap buruk, tidak akan berjaya, jika berjaya pun… tidak lama… sekejap je, lepastu sama ada akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap ataupun mati ditembak rakan sepenjenayah. Memang tak lama.. 2-3 episod je dia berjaya, episod seterusnya dia akan mengalami tekanan dan akhirnya ditangkap/dibunuh/menjadi gila.
Perkara ini sebenarnya telah Allah tunjukan kepada kita menerusi peristiwa israk & mikraj, dimana, sebelum nabi memulakan perjalananya ke langit, perkara pertama yang Allah lakukan terhadap nabi ialah men”cuci” hati baginda. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita memiliki hati serta sikap yang baik sebelum memulakan perjalanan kita untuk mencapai csesuatu yang diimpikan.
Perkara asas kedua yang paling penting pula ialah “kepercayaan”. Kepercayaan anda terhadap diri anda sendiri dan juga terhadap dunia kebebasan kewangan.
Orang-orang yang tidak mempunyai kepercayan terhadap diri sendiri dan dunia kebebasan kewangan seperti..
“Ala.. aku nie kerja kilang je.. macam mana lah nak jadi kaya!”“Tak payahlah susah-susah nak jadi kaya.. semua tu perangkap dunia je tu..”“Buat apa jadi orang kaya.. nanti kena rompak!”
sememangnya tidak akan menjadi kaya. Mereka langsung tidak mempunyai kepercayaan bahawa diri mereka boleh menjadi kaya dan seringkali memandang kekayaan itu sebagai sesuatu yang penuh dengan kejahatan dan tipu daya.
Haikaktnya, manusia hanya akan bertindak apabila mereka mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu perkara…
Pernahkah anda bertanya… mengapa anda mengerjakan solat? Sebab anda percaya Allah itu wujud dan anda percaya anda akan mendapat ganjaran pahala melakukannya..
Begitu juga dengan agama-agama yang lain, bagi agama kristian, mereka percaya dosa mereka akan terhapus apabila mereka meluahkan kesilapan mereka kepada paderi-paderi di gereja.. jadi mereka akan melakukannya..
Dan di dalam konteks menuju “kebebasan kewangan”, satu kepercayaan yang perlu ada dalam diri anda ialah..kepercayaan bahawa.. “Anda Boleh Menjadi Kaya!”..
Jika kepercayaan seperti ini tidak ada di dalam diri anda.. maka usah bermimpilah untuk anda menjadi kaya. Kerana, kepercayaan.. akan menghasilkan tindakan.
Kesimpulannya, menurut SSW, perkara asas yang perlu anda miliki untuk menuju dunia kebebasan kewangan ialah, mempunyai sikap yang baik dan juga kepercayaan bahawa kekayaan itu adalah sesuatu yang baik dan anda, mampu memilikinya.
Sekian, tamat bahagian 1…

May 14th, 2007, by shuth
Strategi Kekayaan 2 : Ilmu & Kemahiran
Ok!.. perkara kedua yang terpenting dan perlu dimiliki untuk mencapai kebebasan kewangan ialah ilmu & kemahiran.
Jika anda lihat pada Gambrajah SSW tersebut, anda dapat lihat, ilmu & kemahiran diletakkan di sebelah kiri dan kanan serta sama besar. Ini bermaksud ilmu & kemahiran perlulah seimbang.
Dan satu perkara lagi… bentuk ilmu & kemahiran adalah segitiga terbalik… ia sebenarnya bermaksud. Pada permulannya, anda perlukan sedikit ilmu & sedikit kemaiharan, tetapi, apabila anda semakin hampir ke tahap kebebasan kewangan.. maka semakin banyaklah ilmu serta kemaihran yang perlu anda miliki. Kedua-dua perkara tersebut adalah penting untuk menyokong kedudukan anda. (ilmu & kemahiran di kiri kanan, ia seperti penyendal, kurang salah satu @ tidak seimbang.. maka akan sengetlah kedudukan “kebebasan kewangan” anda.. silap haribulan boleh runtuh..)
Secara ringkasnya.. itulah yang dimaksudkan dengan bahagian ilmu & kemahiran pada gambarajah tersebut. Selain dari seimbang, ia juga bermula dari sedikit dan kemudiannya bertambah & meningkat dari semasa ke semasa, selari dengan peningkatan tahap kewangan anda. Semakin tinggi tahap kewangan anda, semakin banyak ilmu & kemahiran diperlukan.
Tetapi, bila bercakap pasal ilmu dan kemahiran… ramai orang akan tertanya-tanya… “Iya lah! Semua orang tahu kalau nak kaya & berjaya perlukan ilmu & kemahiran.. tapi ilmu banyak jenis ilmu.. nak kaya.. ilmu apa yang nak kena tahu? “Â

May 18th, 2007, by shuth
Strategi Kekayaan 3 : Pengurusan Kewangan
Ok! Sambung semula cerita Shuth Strategy Of Wealth (SSW). Jika anda tertinggal bahagian 1 & 2 , anda boleh baca disini..
Strategi Kekayaan 1 : Asas KekayaanStrategi Kekayaan 2 : Ilmu & Kemahiran
Ini pula gambarajah SSW..

Ok.. untuk bahagian 3 ini, saya akan menerangkan tentang ilmu serta kemairan asas yang perlu dimiliki untuk mencapai kebebasan kewangan.
Ilmu serta kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk menjadi kaya.. adalah “Ilmu Pengurusan Kewangan”…Â Semua orang-orang yang kaya.. dan terus “KEKAL” kaya mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang kukuh.
Tanpa ilmu pengurusan kewangan yang kukuh, amat sukar untuk anda menjadi kaya… malah jika jadi kaya pun, ianya hanya akan bersifat sementara sahaja… contoh paling mudah ialah orang yang menjadi kaya disebabkan menang loteri, no ekor, dapat pampasan tanah, harta pusaka, MLM piramid dan sebagainya. Mereka ini biasanya memang amat lemah di dalam menguruskan kewangan. Jadi tidak hairanlah jika mereka akan kembali kepada keadaaan asal selepas beberapa tahun.
Sebut mengenai ilmu pengurusan kewangan peribadi, saya selesa untuk memecahkannnya kepada 6 aspek…
Simpanan
Perlindungan kewangan (Insurans)
Pengurusan Hutang
Tabung Pencen
Tabung Perubatan
Tabung Pendidikan Anak
Ada beberapa lagi ilmu pengurusan kewangan seperti perancangan cukai, perancangan aset pelaburan, perancangan wasiat dan sebagainya.. tetapi ilmu-ilmu yang itu, saya lebih suka letakkannya pada bahagian “perniagaan” & “pelaburan” nanti..
Untuk pembinaan dasar kepada kebebasan kewangan di dalam SSW ini, cukuplah 6 aspek ilmu kewangan tersebut. Kesemua aspek tersebut, perlulah diketahui dan dimahiri….
Kemahiran yang paling kritikal pada tahap ini ialah kemahiran “simpan duit”. Yer.. “simpan duit”, sesuatu yang kelihatan mudah dan agak membosankan. Tetapi realitinya… ramai yang gagal melakukannya..
Kemahiran menyimpan duit.. bagi saya adalah seperti kemahiran mengenal huruf A , B , C… jika ABC pun anda tidak tahu.. bagaimana anda hendak membaca(berniaga)? apatah lagi hendak menulis karangan (melabur)? Sudah pasti, amat jauh sekali lah untuk menulis buku (bebas kewangan)….
Bahasa mudahnya…… jika hendak menyimpan duit setiap bulan pun anda gagal, jangan bermimpilah untuk menjadi kaya… ho! ho! ho!…
Untuk menguasai ilmu & kemahiran pengurusan kewangan ini… ia tidak sukar dan tidak memerlukan belanja yang besar untuk menguasainya.. hanya perlukan pembacaan yang banyak untuknya… Alhamdulilah.. kini, sudah banyak buku mengenai pengurusan kewangan yang berbahasa melayu di pasaran.. antaranya..
Jutawan Dari Planet Jupiter - Azizi Ali
Cukup Wang Hati tenang - Hajah Rohani
Hidup Tenang Walaupun Berhutang - Shamsuddin Abdul Kadir
Maskahwin Yang Hilang - M. Sufiz
Jadi.. timbalah ilmu.. banyakkan membaca.. dan kemudiannya, amalkannya. Simpan duit adalah “asas” yang perlu dikuasai… tidak perlu berikan alasan..
“tak cukup duit la” ,“gaji kecik”,“anak ramai”“mak ayah sakit”“handphone rosak.. kena beli baru”“hutang banyak” dan sebagainya…

May 28th, 2007, by shuth
Strategi Kekayaan 4 : Berniaga
Sambung semula kepada siri “SSW”.. saya tidak pasti adakah pembaca-pembaca blog ini gemarkan siri SSW ini, harap dapat berikan sedikit maklumbalas di bahagian komen..
Setelah mempunyai asas kepada “pengurusan kewangan” yang betul, mempunyai simpanan dan mempunyai cash flow bulanan yang positif, maka, langkah seterusnya adalah memulakan perniagaan.
Mengapa perlu berniaga? Sebab “menyimpan” wang sahaja tidak akan membuatkan anda menjadi kaya. Wang yang ada perlulah digandakan dengan menjalankan perniagaan.
Namun begitu, pastikan anda sudah mempunyai “reserve fund” yang mencukupi. Paling minimum ialah 3 bulan. Bermaksud, jika sara hidup anda sebulan ialah RM2,000 , pastikan anda mempunyai simpanan sebanyak RM6,000 sebagai dana simpanan anda. Jangan gunakan wang reserve fund ini sebagai modal untuk perniagaan anda. Gunakan wang yang selebihnya.
Jika anda hanya ada lebihan sebanyak RM500, maka gunakanlahRM500 itu sebagai modal anda.. Jika ada lebih RM1,000 , gunakan RM1,000 untuk modal anda.. dan begitulah seterusnya.
Persoalannya kini, perniagaan apa yang hendak dijalankan?…perniagaan apa yang paling menguntungkan?
Untuk ini, anda perlu fikirkan sendiri… untuk memulakan sesuatu perniagaan, anda memerlukan 4 perkara yang bersesuaian dengan anda..
1) Modal - berapakah modal yang anda miliki?2) Masa - berapa banyak masa yang anda boleh gunakan untuk menjalankan perniagaan anda? part time atau full time?3) Sumber - sumber bagi produk anda, hasil sendiri? atau daripada pihak lain?4) Tenaga Kerja - siapa yang akan membantu anda untuk memulakan perniagaan anda? seorang diri? suami-isteri? adik-beradik? attendan pam minyak? atau makcik jenab?..
Setiap orang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza bagi 4 faktor di atas, ada orang yang banyak modal tetapi tiada masa. Ada yang banyak masa tetapi tiada modal pula. Ada sesetengah pula, mempunyai produk yang baik, tetapi tiada masa dan modal untuk memasarkannya.
Jadi, fikir-fikirkan… contohnya, anda mempunyai modal sebanyak RM500 , masa 4 jam sehari (8-12 malam) , sumber (ada kemahiran membuat produk, tahu tempat-tempat untuk dapatkan bahan2 yg murah) , tenaga kerja ( sorang diri je buat masa ini)…. jadi apakah perniagaan yang boleh anda lakukan?
- berniaga pasar malam?- kelas tuisyen?- jual burger?- baiki komputer?- perniagaan internet?
Anda fikirkan sendiri… pilih mana yang sesuai dengan situasi & diri anda.
Apa-apa pun, sebelum anda memulakan apa-apa perniagaan, pastikan anda sudah mempunyai sedikit ilmu dan kemahiran-kemahiran asas di dalam menjalankan perniagaan.
Jika sebelum ini anda sudah mempunyai ilmu mengenai pengurusan kewangan, kini, tumpukan pula pencarian ilmu anda kepada “ilmu perniagaan”, banyakkan membaca buku-buku yang berkaitan dengan perniagaan.
Antara buku-buku yang boleh dibaca adalah seperti..

dan banyak lagi… selarikan pencarian ilmu ini dengan perkembangan perniagaan anda. Kelak, apabila perniagaan anda semakin berkembang, semakin banyak ilmu yang perlu anda pelajari. Jika sebelum ini anda hanya menjalankan perniagaan seorang diri, kelak, anda akan memerlukan perkerja untuk membantu anda.. maka, pada waktu itu, ilmu pengurusan sumber manusia juga perlu anda ketahui serba sedikit, begitu juga ilmu mengenai pengurusan akaun, pengurusan stok, ilmu pemasaran dan sebagainya.. semuanya perlu anda ketahui & pelajari dari semasa ke semasa..
Sebab itulah.. jika anda lihat di dalam gambarajah SSW, bahagian bagi “ilmu & kemahiran” , semakin lama semakin berkembang (segitiga terbalik).. membawa maksud, semakin lama.. semain banyak ilmu & kemahiran yang perlu anda ketahui bagi mencapai tujuan “kebebasan kewangan”

March 20th, 2009, by shuth
4 Langkah Menuju Kejayaan
Hari ini saya ingin berkongsikan 1 prinsip yang saya guna pakai apabila mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup saya. Ianya sesuatu yang agak biasa.. tetapi ramai yang terlepas pandang mengenainya. Insyallah.. dengan mengetahui prinsip ini, jiwa anda akan menjadi lebih kental dan tidak akan mudah putus asa apabila melakukan sesuatu perkara.
Sedar atau tidak… apabila kita sedang berusaha melakukan sesuatu dalam hidup kita, kita selalunya akan melalui 4 proses.. atau peringkat.. atau langkah.. atau.. erm…. whataever lah… tapi yang penting.. memang ada 4.
Kepercayaan
Sebelum kita melakukan sesuatu, perkara pertama yang perlu kita miliki ialah kepercayaan terhadap perkara tersebut. Ya!.. itulah juga perkara pertama yang disematkan ke dalam jiwa setiap insan ketika Nabi Muhammad menyebarkan ajaran agama Allah.
Contoh lain, jika anda ingin buat duit di internet.. anda perlu percaya dengan yakin terlebih dahulu bahawa.. “Anda memang boleh buat duit di internet”. Kita tidak akan melakukan sesuatu perkara jika kita tidak percaya terhadapnya.
Kepercayaan ini boleh diperolehi menerusi pembacaan, penglihatan, pendengaran ataupun pengalaman sendiri. Anda pernah terbaca ada orang yang buat duit di internet, anda pernah lihat dan dengar kisah orang buat di internet.. dan apabila anda pernah mengalaminya sendiri.. kepercayaan itu akan menjadi lebih kukuh.
Begitu juga jika anda mahu berkahwin 4, maka, anda perlu percaya dengan yakin bahawa anda memang boleh dan mampu berkahwin 4.. oh!
Strategi / Perancangan
Setelah kita percaya terhadap sesuatu perkara, kita perlulah mempunyai perancangan dan strategi. Kita perlu merancang bagaimana kita hendak melakukannya. Seperti yang selalu kita dengar.. Tidak merancang, bererti.. merancang untuk gagal. Jadi.. merancanglah. Pada peringkat ini, anda perlukan banyak ilmu, lebih banyakkan membaca dan menuntut ilmu pada peringkat ini.
Bertindak & Berusaha
Setelah anda percaya dan mempunyai perancangan, langkah seterusnya adalah berusaha. Berusahalah dengan gigih mengikut rancangan yang telah dilakukan. Ini adalah peringkat dimana anda perlu bertindak dan berusaha melakukannya dengan sebaik mungkin.
Jadai.. Jangan lupa mengedarkan kad nama anda setiap kali terjumpa awek yang menawan! (bagi yang merancang ingin berkahwin 4)
Hasil
Setelah berusaha… maka.. akan terhasillah “hasil”nya. Disini.. Jika hasil yang diharapkan tidak begitu memberangsangkan… selalunya ramai yang akan mula kecewa, kecundang, putus asa dan sebagainya.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila hasil yang diperolehi tidak memberangsangkan ialah.. “Tingkatkan Usaha”.. kemungkinan besar, usaha yang anda lakukan adalah tidak mencukupi. Contohnya, apabila tiada jualan yang terhasil… kemungkinan besar usaha promosi anda tidak mencukupi.. maka. lakukan lagi usaha promosi dengan lebih giat lagi.
Ataupun.. jika tiada seorang awek pun yang berminat untuk berkenalan dengan anda.. tingkatkan usaha lagi.. edarkan lebih banyak lagi kad nama.. mungkin anda perlu edarkan juga kad anda kepada makcik kantin atau makcik cleaner.. tapi jangan lupa cakap pada makcik tu “Sila berikan kad saya ini pada anak dara makcik yang paling cun!”.. oh!
Tetapi, setelah berusaha bermati-matian, hasil yang diperolehi masih mendukacitakan. Maka.. tibalah masanya untuk anda “Mengubah Strategi/Perancangan” … mungkin strategi atau teknik yang anda lakukan tidak betul. Contohnya, menghantar email SPAM. Strategi pengiklanan sebegitu memang tidak berkesan.. jadi anda perlu mengubahnya.
Contoh lain.. ubah strategi.. dari memberi kad nama, mungkin anda perlu tukar dengan memberi bunga atau coklat?.. atau handphone?
Setelah mengubah strategi.. lakukan semula “tindakan & usaha” dengan sebaik mungkin…. insyallah anda akan berjaya.
Jika masih gagal juga.. tingkatkan usaha sehingga sehabis mungkin… jika gagal.. ubah strategi lagi dan kemudian.. usahakan semula dengan usaha yang terbaik sehabis mungkin.
Namun setelah 4-5 kali mengubah strategi dan setiap strategi telah di usahakan dengan sebaik mungkin.. tetapi masih gagal. Maka barulah anda boleh mengubah kepercayaan anda. Mungkin anda memang telah ditakdirkan tidak boleh berkahwin 4. Maka, carilah kepercayaan yang baru dan usahakan pula kepercayaaan anda yang baru itu. Mungkin kahwin 2 je?
Itulah peringkat-peringkat yang akan dilalui oleh seseorang apabila mereka percaya terhadap sesuatu.
Tidak kiralah sama ada kepercayaan itu betul atau tidak, mereka pasti akan melalui 4 peringkat diatas itu.
Ada orang percaya..mereka boleh kaya dengn melakukan perniagaan internet
Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan melakukan perniagaan pasar malam..
Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan menjalankan perniagaan MLM.
Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan menyertai skim-skim pelaburan..
Ada orang percaya.. mereka boleh jadi kaya dengan menyertai skim cepat kaya..
Apa-apa pun yang anda percaya.. saya nasihatkan anda agar tidak mudah mengubah kepercayaan anda.Ramai orang yang melakukan kesilapan ini.. dimana.. apabila mereka melihat hasil yang diperolehi tidak seperti mana yang diharapkan. Mereka akan terus mengubah kepercayaan mereka.
Itu adalah sesuatu yang silap.. sepatutnya, mereka perlu terlebih dahulu tingkatkan usaha, jiika gagal, ubah pula perancangan.. usahlah terlalu mudah untuk mengubah kepercayaan. Takut-takut.. anda akan sesat dan terus berada di dalam kegagalan..
Dan.. kepada mereka yang risau melihat rakan mereka yang mempunyai kepercayaan yang silap (percaya terhadap skim cepat kaya).. anda tidak perlu risau.. lambat-lain, rakan and aitu akan sedar juga.. kerana, kepercayaan yang silap akan sentiasa membawa kepada kegagalan

Strategi Kekayaan 1 : Asas Kekayaan
Baiklah, hari ini saya akan mula huraikan “shuth strategy of wealth” (SSW) yang telah saya lukiskan pada entri sebelum ini.
Sebelum itu, ingin saya tegaskan, ini hanyalah strategi saya… betul bagi saya tidak semestinya betul bagi anda. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini… untuk menjadi kaya, bukanlah hanya satu jalan.. ada banyak lagi jalan yang lain. Dan SSW ini, adalah SALAH SATU jalan yang saya pilih untuk menuju “Dunia Kebebasan Kewangan”..
baiklah.. kalau dilihat pada gambarajah tersebut.. anda boleh lihat.. perkara yang paling asas untuk mencapai dunia kebebasan kewangan adalah “attitude & belief”.
Sikap.. adalah komponen yang paling asas untuk kita mencapai kejayaan di dalam apa-apa bidang sekalipun. Tanpa memiliki sikap yang baik seperti, usaha gigih, tidak mudah berputus asa, berfikiran positif, optimis dan sebagainya, agak sukar untuk anda mencapai kejayaan.
Adakah anda fikir.. dengan memilki pemikiran yang negatif, suka bertelagah, hasad dengki, tamak, tidak jujur dapat membantu anda mencapai kejayaan di dalam hidup anda?
Usah terkejut.. jawapannya “BOLEH”… tapi malangnya.. kejayaan tersebut biasanya tidak akan kekal lama. Cepat anda naik dengan membodek, merasuah, menabur fitnah, menikam orang dari belakang dan sebagainya… maka.. akan cepat jugalah anda tersungkur dan tergolek ke bawah.
Jadi.. perkara pertama yang perlu di perbaiki di dalam diri jika ingin berjaya adalah “SIKAP!”…
Sikap yang baik adalah penting, bukan sahaja sebagai asas per”MULA“an kejayaan anda, tetapi ia juga penting untuk meng”KEKAL“kan kejayaan anda.
Sebab itulah anda boleh lihat drama-drama di TV, ramai orang yang bersikap buruk, tidak akan berjaya, jika berjaya pun… tidak lama… sekejap je, lepastu sama ada akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap ataupun mati ditembak rakan sepenjenayah. Memang tak lama.. 2-3 episod je dia berjaya, episod seterusnya dia akan mengalami tekanan dan akhirnya ditangkap/dibunuh/menjadi gila.
Perkara ini sebenarnya telah Allah tunjukan kepada kita menerusi peristiwa israk & mikraj, dimana, sebelum nabi memulakan perjalananya ke langit, perkara pertama yang Allah lakukan terhadap nabi ialah men”cuci” hati baginda. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita memiliki hati serta sikap yang baik sebelum memulakan perjalanan kita untuk mencapai csesuatu yang diimpikan.
Perkara asas kedua yang paling penting pula ialah “kepercayaan”. Kepercayaan anda terhadap diri anda sendiri dan juga terhadap dunia kebebasan kewangan.
Orang-orang yang tidak mempunyai kepercayan terhadap diri sendiri dan dunia kebebasan kewangan seperti..
“Ala.. aku nie kerja kilang je.. macam mana lah nak jadi kaya!”“Tak payahlah susah-susah nak jadi kaya.. semua tu perangkap dunia je tu..”“Buat apa jadi orang kaya.. nanti kena rompak!”
sememangnya tidak akan menjadi kaya. Mereka langsung tidak mempunyai kepercayaan bahawa diri mereka boleh menjadi kaya dan seringkali memandang kekayaan itu sebagai sesuatu yang penuh dengan kejahatan dan tipu daya.
Haikaktnya, manusia hanya akan bertindak apabila mereka mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu perkara…
Pernahkah anda bertanya… mengapa anda mengerjakan solat? Sebab anda percaya Allah itu wujud dan anda percaya anda akan mendapat ganjaran pahala melakukannya..
Begitu juga dengan agama-agama yang lain, bagi agama kristian, mereka percaya dosa mereka akan terhapus apabila mereka meluahkan kesilapan mereka kepada paderi-paderi di gereja.. jadi mereka akan melakukannya..
Dan di dalam konteks menuju “kebebasan kewangan”, satu kepercayaan yang perlu ada dalam diri anda ialah..kepercayaan bahawa.. “Anda Boleh Menjadi Kaya!”..
Jika kepercayaan seperti ini tidak ada di dalam diri anda.. maka usah bermimpilah untuk anda menjadi kaya. Kerana, kepercayaan.. akan menghasilkan tindakan.
Kesimpulannya, menurut SSW, perkara asas yang perlu anda miliki untuk menuju dunia kebebasan kewangan ialah, mempunyai sikap yang baik dan juga kepercayaan bahawa kekayaan itu adalah sesuatu yang baik dan anda, mampu memilikinya.
Sekian, tamat bahagian 1…


May 14th, 2007, by shuth
Strategi Kekayaan 2 : Ilmu & Kemahiran
Ok!.. perkara kedua yang terpenting dan perlu dimiliki untuk mencapai kebebasan kewangan ialah ilmu & kemahiran.
Jika anda lihat pada Gambrajah SSW tersebut, anda dapat lihat, ilmu & kemahiran diletakkan di sebelah kiri dan kanan serta sama besar. Ini bermaksud ilmu & kemahiran perlulah seimbang.
Dan satu perkara lagi… bentuk ilmu & kemahiran adalah segitiga terbalik… ia sebenarnya bermaksud. Pada permulannya, anda perlukan sedikit ilmu & sedikit kemaiharan, tetapi, apabila anda semakin hampir ke tahap kebebasan kewangan.. maka semakin banyaklah ilmu serta kemaihran yang perlu anda miliki. Kedua-dua perkara tersebut adalah penting untuk menyokong kedudukan anda. (ilmu & kemahiran di kiri kanan, ia seperti penyendal, kurang salah satu @ tidak seimbang.. maka akan sengetlah kedudukan “kebebasan kewangan” anda.. silap haribulan boleh runtuh..)
Secara ringkasnya.. itulah yang dimaksudkan dengan bahagian ilmu & kemahiran pada gambarajah tersebut. Selain dari seimbang, ia juga bermula dari sedikit dan kemudiannya bertambah & meningkat dari semasa ke semasa, selari dengan peningkatan tahap kewangan anda. Semakin tinggi tahap kewangan anda, semakin banyak ilmu & kemahiran diperlukan.
Tetapi, bila bercakap pasal ilmu dan kemahiran… ramai orang akan tertanya-tanya… “Iya lah! Semua orang tahu kalau nak kaya & berjaya perlukan ilmu & kemahiran.. tapi ilmu banyak jenis ilmu.. nak kaya.. ilmu apa yang nak kena tahu? “Â
Bersambung…

Menjadi Jutawan Sekelip Mata… Bertahankah?
Sejak kebelakangan ini.. saya agak kurang mengupdate blog. Saya ingin meminta maaf kepada semua peminat-peminat blog ini (euuww.. ada ke?!). Diharapkan anda dapat bersabar menanti entry-entry yang “menghairahkan” dari saya di blog ini.
Bulan ini, adalah merupakan bulan yang paling sibuk bagi saya pada tahun ini.. selain menyusun strategi perniagaan untuk tahun hadapan.. saya juga sedang sibuk melaburkan diri di dalam “ilmu pengetahuan” secara fast track. (Tinggal 8 hari sahaja lagi untuk masuk tahun 2007… dan saya masih ada 15 buah buku lagi yang perlu dibaca sebelum tamat tahun 2007 ini.. Oh!)
2 minggu yang lepas…. saya telah menghadiri mini workshop Azizi Ali tentang “Property Investment” yang diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya. Satu perkara yang menarik yang saya pelajari swaktu d dalam workshop tersebut.. ialah.. tentang “mengekalkan kekayaan”.
Satu soalan ditujukan.. “Apa yang buatkan orang kaya terus kekal menjadi kaya?.. “ dan mengapa.. orang miskin.. yang menjadi kaya dengan tiba-tiba.. (biasanya disebabkan harta pusaka, dapat pampasan, menang loteri, join skim cepat kaya dan sebagainya) .. akan menjadi miskin kembali, seperti mana miskinnya mereka sebelum ini, selepas 2-3 tahun. Why?
Ok… tak perlu nak teka-teka.. saya bagi jawapannya terus…
Sebabnya… mereka tidak ber“ILMU”.
Jika ditanya kepada anda sekalipun… jika anda diberikan wang RM1juta sekarang ini.. apa yang anda akan lakukan dengan wang tersebut?
Saya nak bayar semua hutang saya…Saya nak beli rumah besar yg siap dengan swimming pool…Saya nak beli kereta mewah 3 biji..Nak tambah isteri sampai 4…Nak gi haji…
Lepas tu…Saya nak simpan skit dalam unit trust..Saya nak beli beberapa ketul rumah dan sewakannya.. apa orang jawa kata tu? property investment kan?..Ermm…. lepas tu.. saya nak buat modal bukak bisnes skit..Hah.. itulah yg saya nak buat kalau ada 1 juta…
Saham?.. saham.. saya tak berani lah…. saya tak pandai main saham…
Bagaimana? rasa-rasanya.. jawapan di atas tu sama tak dengan jawapan anda.
Jika dilihat.. jawapan di atas agak bijak!.. Melabur dalam unit trust.. labur dalam property investment, bukak bisnes.. bijak dan kelihatan bagus bukan?
Dan jika anda nak tahu.. itulah yang dilakukan oleh orang-orang yang menjadi jutawan dengan segera dan selepas beberapa tahun.. menjadi miskin semula. (Oh! Ye ker?)
Why hah? … tanya anda dalam hati pula sekarang ini.. ho! ho!.. saya tahu apa yang anda fikirkan.. terrer tak saya? Cis!
Jawapannya mudah… sebab mereka tidak mempunyai ILMU yang cukup.
Ya.. mereka ingin melabur dalam unit trust.. tapi unit trust yg mana?Ada buat pelaburan dalam hartanah!.. tapi hartanah yang bagaimana? Nak melabur dalam hartanah bukan semudah main beli sahaja… ada syarat2 serta ilmu2 yang perlu diketahui.Begitu juga bukak bisnes.. bukan semudah bukak kedai sahaja… berbagai ilmu serta selok belok menguruskan kedai dan perniaagaan perlu dipelajari sebelum membukanya. Tanpa ilmu yang betul dan mencukupi… kekayaan yang dimiliki akan hilang dalam sekelip mata.
Jadi.. disini.. pokok pangkalnya… ialah ILMU.Jika orang yang sudah menjadi jutawan pun masih melabur di dalam ilmu.. apatah lagi orang yang belum jadi jutawan? ( Sila rujuk entry dari blog dr. irfan)
Berbalik kepada orang yang menjadi kaya sekelip mata….. alangkah bagusnya jika sewaktu mereka menjadi kaya… mereka berhasrat begini..
“Dengan duit satu juta yg saya ada ini.. saya nak gunakan ia sedikit untuk melabur di dalam ILMU.. saya nak pergi seminar-seminar serta mengupah profesional personal coach untuk mengajar saya tentang, bagaimana hendak menguruskan dan mengekalkan kekayaan yang ada pada saya ini!”…
Hakikatnya…. semuanya sibuk nak beli rumah besar, kereta besar serta bini besar… Oh!



Satu lagi, kalau nak cakap pasal simpan wang, kalau boleh kita mestilah set up our vision and objective why we save our money. Di sini aku nak senaraikan beberapa possible vision yang boleh dijadikan objektif kita untuk menyimpan wang sama ada dalam jangka pendek atau panjang¡­1. Kahwin2. Pendidikan anak3. beli kereta / rumah (tunai / bayaran muka)4. perubatan ketika hari tua5. vacation / pleasure6. beli gold7. main saham8. car maintenance ( road tax / driving license / insurance / service )9. modal perniagaan10. umrah / haji/zakat
Daripada senarai-senarai sini, kita boleh bincangkan berapakah jangkamasa yang diperlukan untuk memenuhi objektif-objektif di atas serta berapa banyak duit perlu kita allocate daripada gaji kita.



Tips dan strategi untuk savings, jimat perbelanjaan bulanan
Disember 19, 2006 oleh sulaiman
Sekadar berkongsi ilmu yang dibaca dari majalah Personal Money June 2006 berkenaan tips dan strategi untuk savings, jimat perbelanjaan terutamanya bulanan.
PERUMAHAN (HOUSING)
Refinance atau pembiayaan semula pinjaman perumahan, terutamanya selepas 5 tahun untuk mengurangkan jumlah ansuran. Misalnya bertukar dari bank A yang mengenakan 6.8% interest kepada Bank B – 5.8 % interest.
Menyewakan bilik-bilik. Misalnya rumah ada 4 bilik, pakai 2, sewa 2. Ini boleh membantu mengurangkan bebanan ansuran bulanan.
Berpindah ke kawasan yang lebih murah atau dari rumah banglo ke rumah teres.
PERBELANJAAN ISIRUMAH (HOUSEHOLD)
Beli secara pukal/bulk. Misalnya kalau anda biasa belanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan Rm80 sebulan. Belian secara pukal/borong mungkin hanya bersamaan Rm 30 sahaja.
Rancang perbelanjaan anda. Beli barang dihypermarket yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti shampoo, sabun.
Buat perbandingan harga sebelum membeli.
CREDIT CARD
Sebaik-baiknya guna cash/tunai untuk mengelakkan “overspent”. Kalau mahu guna juga selesaikan dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas interest (interest free period)
Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti Fixed Deposit yang memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang credit card yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.
PENGANGKUTAN (TRANSPORTATION)
Downgrade kereta (sukar untuk dilakukan bagi kebanyakan orang. Misalnya dari Proton Perdana kepada WIRA untuk mengurangkan bayaran installment bulanan.

No comments:

Post a Comment